Connect with us

Antarabangsa

AS sokong ASEAN tamatkan keganasan di Myanmar – Kamala Harris

Amerika Syarikat berjanji menyokong ASEAN dalam menyelesaikan krisis di Myanmar, di saat junta tentera bertindak ganas terhadap penunjuk perasaan sejak rampasan kuasa 2021.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

AS sokong ASEAN tamatkan keganasan di Myanmar – Kamala Harris
Foto: Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris.
  • Amerika Syarikat berjanji menyokong ASEAN dalam menyelesaikan krisis di Myanmar, di saat junta tentera bertindak ganas terhadap penunjuk perasaan sejak rampasan kuasa 2021.
  • “Amerika Syarikat akan terus menekan rejim itu bagi menamatkan keganasan demi membebaskan semua individu yang ditahan secara tidak adil, dan untuk mengembalikan semula Myanmar kepada demokrasi inklusif,” kata Naib Presiden AS Kamala Harris kepada sidang kemuncak Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) di Jakarta pada Rabu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
  • Washington akan terus menzahirkan “hubungan yang berkekalan dan penting antara Amerika Syarikat dan Asia Tenggara”, katanya.
  • Tentera Myanmar merampas kuasa pada Februari 2021, menggulingkan pemimpin yang dipilih secara demokratik Aung San Suu Kyi.

JAKARTA — Amerika Syarikat berjanji menyokong ASEAN dalam menyelesaikan krisis di Myanmar, di saat junta tentera bertindak ganas terhadap penunjuk perasaan sejak rampasan kuasa 2021.

“Amerika Syarikat akan terus menekan rejim itu bagi menamatkan keganasan demi membebaskan semua individu yang ditahan secara tidak adil, dan untuk mengembalikan semula Myanmar kepada demokrasi inklusif,” kata Naib Presiden AS Kamala Harris kepada sidang kemuncak Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) di Jakarta pada Rabu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Washington akan terus menzahirkan “hubungan yang berkekalan dan penting antara Amerika Syarikat dan Asia Tenggara”, katanya.

Tentera Myanmar merampas kuasa pada Februari 2021, menggulingkan pemimpin yang dipilih secara demokratik Aung San Suu Kyi.

Pemenang Hadiah Keamanan Nobel sejak itu telah ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara.

Myanmar kini hampir terasing sepenuhnya di peringkat antarabangsa.

Ahli junta tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat ASEAN, dengan isu itu menjadi agenda utama sekali lagi pada sidang kemuncak tahun ini.

AS akan “terus menyokong konsensus lima perkara ASEAN secara lebih meluas”, kata Harris, merujuk kepada rancangan yang dirangka oleh anggota ASEAN pada 2021 untuk menyelesaikan krisis Myanmar.

Ia menetapkan keganasan segera dihentikan dan menyeru dialog antara semua pihak yang terlibat dalam konflik.

Pihak junta telah mengabaikan rancangan itu.

Pemimpin 10 negara anggota ASEAN sedang bermesyuarat di ibu negara Indonesia sehingga Khamis.

Selain Harris, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dan Perdana Menteri China Li Qiang juga telah mengambil bahagian dalam persidangan tiga hari itu.

Kerjasama di Laut China Selatan, kemampanan, kerjasama ekonomi, hak asasi manusia dan keselamatan siber juga termasuk dalam agenda itu. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *