Connect with us

Terkini

Anak Najib desak kerajaan atasi ‘kepincangan’ sistem kehakiman disuarakan bekas hakim

Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohamad Nizar mendesak kerajaan memandang serius dan mengambil tindakan dalam mengatasi ‘kepincangan’ sistem kehakiman yang disuarakan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hamid Sultan Abu Backer terhadap kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd.

Wartawan TMT

Published

on

Anak Najib desak kerajaan atasi ‘kepincangan’ sistem kehakiman disuarakan bekas hakim
Foto: Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohamad Nizar.
  • Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohamad Nizar mendesak kerajaan memandang serius dan ambil tindakan dalam mengatasi ‘kepincangan’ sistem kehakiman yang disuarakan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hamid Sultan Abu Backer terhadap kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd.
  • Menurut Mohamad Nizar, Hamid Sultan menyatakan perbicaraan ayahnya  menimbulkan pelbagai kontroversi yang disifatkan sebagai tidak pernah berlaku di bawah sistem perundangan Malaysia. 
  • Katanya, antaranya berkaitan pelantikan hakim ‘junior’ berbanding menurunkan hakim lebih kanan dan berpengalaman mengendalikan kes berprofil tinggi serta isu-isu berkaitan seorang hakim jelas terpalit dengan konflik kepentingan ekoran laporan media mengenai hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
  • Tambah Mohamad Nizar, Hamid Sultan membuat kesimpulan para peguam dan hakim dalam Malaysia mestilah terdiri daripada mereka yang nilai etika mulia di samping mempunyai ilmu undang-undang mendalam. 
  • Katanya, ia bagi memastikan hak semua rakyat Malaysia membela diri dalam Perlembagaan Malaysia adalah terjamin dan tuntas. 

PETALING JAYA: Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohamad Nizar mendesak kerajaan memandang serius dan mengambil tindakan dalam mengatasi ‘kepincangan’ sistem kehakiman yang disuarakan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hamid Sultan Abu Backer terhadap kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Menurut Mohamad Nizar, Hamid Sultan menyatakan bahawa perbicaraan ayahnya  menimbulkan pelbagai kontroversi yang disifatkan sebagai tidak pernah berlaku di bawah sistem perundangan Malaysia. 

Katanya, antaranya berkaitan pelantikan hakim ‘junior’ berbanding menurunkan hakim yang lebih kanan dan berpengalaman untuk mengendalikan kes berprofil tinggi serta isu-isu berkaitan seorang hakim yang jelas terpalit dengan konflik kepentingan ekoran laporan media mengenai hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

“Ketiga, tindakan pendaftar Mahkamah Persekutuan yang menetapkan tarikh pendengaran rayuan kes Najib sebelum permohonannya untuk diwakili oleh Peguam Diraja United Kingdom (UK) didengar. Malah, permohonan untuk memasukkan bukti tambahan tidak dibenarkan sama sekali. Ini menafikan hak universal Najib untuk mendapat pembelaan yang diinginkan.

“Keempat, tekanan serta kecaman dilemparkan terhadap peguam utama Najib, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang merupakan seorang peguam mempunyai reputasi yang baik dan sangat berpengalaman dalam mengendalikan kes jenayah. Akhirnya, ayahanda Najib dibiarkan dalam keadaan tiada peguam untuk mewakilinya, sekali gus menafikan hak perlembagaannya untuk dibela.

“Kelima, draf alasan penghakiman telah ‘viral’ dan disebarkan sebelum perayu didengar sepenuhnya seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 92 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan sebelum proses rayuan selesai. Seakan-akan keputusan sudah dibuat dan tiada makna hujah pembelaan diteruskan,” katanya dalam kenyataan. 

Mahkamah Persekutuan Putrajaya sebelum ini mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta dikenakan terhadap Najib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Tambah Mohamad Nizar, Hamid Sultan membuat kesimpulan bahawa para peguam dan hakim dalam Malaysia mestilah terdiri daripada mereka yang nilai etika yang mulia di samping mempunyai ilmu undang-undang yang mendalam. 

Katanya, ia bagi memastikan hak semua rakyat Malaysia untuk membela diri dalam Perlembagaan Malaysia adalah terjamin dan tuntas. 

“Kepincangan dan kebobrokan dalam sistem kehakiman wajib diperbetulkan dan dirombak semula supaya rakyat Malaysia tidak kiralah mantan Perdana Menteri atau tidak akan mendapat pembelaan sewajarnya tanpa campur tangan mana-mana pihak atau menjadi mangsa komplot pihak berdendam. 

“Kini, sudah lebih setahun ayahanda Najib Razak dipenjarakan. Saya tidak berhenti berdoa ketika negara sedang sambut tahun kemerdekaan yang ke-66, ayahanda saya akan bebas, dimerdekakan daripada sebarang kezaliman, penganiayaan dan komplot yang dahsyat,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending