Terkini
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
Seorang anak kepada wanita Cina mualaf meluahkan rasa syukur apabila Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM) hari ini membantu semua proses pengurusan jenazah ibundanya hari ini.

- Seorang anak kepada wanita Cina mualaf meluahkan rasa syukur apabila Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM) hari ini membantu semua proses pengurusan jenazah ibundanya hari ini.
- Yap Hao Yang anak kepada wanita Cina mualaf bernama Lai Yoke Kin atau lebih dikenali dengan Su, mengatakan bahawa ibunya sebelum ini disahkan menghidap kanser tahap empat dan dijadual bakal menerima rawatan pada bulan hadapan.
- Hajat mereka tidak kesampaian apabila ibunya menghembuskan nafas terakhir pada malam semalam beberapa jam selepas pulang ke rumah mereka.
- “Saya bersyukurlah sebab mereka (MRM) yang bantu saya dari segi kewangan, bukan dari segi jenazah sahaja sebelum ini juga mereka berikan bantuan kewangan kepada saya sewaktu saya belajar di universiti,” kata Yap ketika ditemui The Merdeka Times selepas solat jenazah ibunya.
- Su memilih memeluk agama Islam pada 2019 sewaktu bekerja di NGO tersebut.
KUALA LUMPUR — Seorang anak kepada wanita Cina mualaf meluahkan rasa syukur apabila Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM) hari ini membantu semua proses pengurusan jenazah ibundanya hari ini.
Yap Hao Yang anak kepada wanita Cina mualaf bernama Lai Yoke Kin atau lebih dikenali dengan Su, mengatakan bahawa ibunya sebelum ini disahkan menghidap kanser tahap empat dan dijadual bakal menerima rawatan pada bulan hadapan.
Bagaimanapun hajat mereka tidak kesampaian apabila ibunya menghembuskan nafas terakhir pada malam semalam beberapa jam selepas pulang ke rumah mereka.
“Saya bersyukurlah sebab mereka (MRM) yang bantu saya dari segi kewangan, bukan dari segi jenazah (mak) sahaja sebelum ini juga mereka berikan bantuan kewangan kepada saya sewaktu saya belajar di universiti.
“Mereka sangat take care lah dengan mak saya juga dengan saya even though saya sebelum ini ada juga kerja ada simpanan tapi nak juga bagi saya (wang) untuk teruskan kehidupan semua itu sedangkan saya tak minta tapi mereka rela bagi,” kata Yap ketika ditemui The Merdeka Times selepas solat jenazah ibunya.
Yap anak bongsu kepada Su dilihat bersama dua abangnya di samping jenazah ibu mereka yang diuruskan komuniti dan kakitangan MRM di Surau Al Islah, Taman Kajang Mewah.
Ketiga-tiga adik beradik ini masih mengekalkan hubungan yang baik bersama ibunya walaupun berlainan agama.
Su memilih memeluk agama Islam pada 2019 sewaktu bekerja di NGO tersebut.
“Sebab (peluk Islam) mungkin dia (mak) dapat hidayah …. and then mungkin dia nampak something yang make sense dalam Islam dia ingat semua itu yang buatkan dia rasa hidup dia teratur.
“Sebelum ini saya nampak mak saya dia punya mood agak panas sikit and then lepas masuk Islam dia berubah sikit menjadi lembut.
“Setakat ini saya cuma rasa nak ucapkan terima kasihlah kepada mak besarkan saya,” katanya menceritakan sepanjang hayat ibunya, Su merupakan individu yang tidak kedekut dan baik hati.
Yap dengan sebak turut meluahkan Su acapkali menunjukkan rasa bangga dengan segala dilakukan oleh dia sekalipun Yap sendiri merasakan sebaliknya.
Dalam pada itu, Pengasas MRM, Firdaus Wong Wai Hung memberitahu pihaknya segera menguruskan segala urusan kematian Su selepas dihubungi anak arwah.
Katanya, walaupun anak-anak Su bukan beragama Islam namun mereka berkesempatan menyaksikan pengurusan jenazah arwah ibunya.
“Anak-anak dia tenang alhamdulilah dan kami juga mengambil peluang untuk berkongsi dengan mereka bagaimana Islam mengendalikan jenazah dan mereka happy melihat bagaimana ibu mereka dilayan dan dijaga semasa hidup sehingga selepas meninggal.
“Banyak dalam buat keputusan kami berbincang dengan mereka walaupun mereka bukan Islam, kami berbincang kenapa kami nak segerakan (urusan jenazah) sebagainya dan mereka faham dan katakan ini kali pertama dapat pengalaman serta nampak mudah, ringkasnya Islam,” katanya Firdaus Wong yang juga pendakwah bebas.
Sokong usaha dakwah dan kebajikan MRM dengan menyalurkan sumbangan anda ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular