Antarabangsa
(VIDEO) Afghanistan hanya haramkan pendidikan liberal sekular – Ulama UK
Pendidikan wanita tidak berhenti sepenuhnya di Afghanistan, sebaliknya kerajaan semasa di negara itu diterajui Taliban melarang pendidikan liberal sekular yang dianggap mengancam nilai-nilai Islam dan tradisi di Afghanistan, kata Shaykh Hamid Mahmood.

Pendidikan wanita tidak berhenti sepenuhnya di Afghanistan, sebaliknya kerajaan semasa di negara itu diterajui Taliban melarang pendidikan liberal sekular yang dianggap mengancam nilai-nilai Islam dan tradisi di Afghanistan, kata Shaykh Hamid Mahmood.
Shaykh Hamid yang menyertai rombongan ulama dari British ke Kabul baru-baru ini berkata, ketika ini, pelajar perempuan dibenarkan belajar di peringkat sekolah rendah tetapi hanya boleh meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi mengikut laluan tertentu.
Satu video dikongsi di laman berita Muslim, 5Pillars, menunjukkan Shaykh Hamid berkata Menteri Luar Emeriyah Islam Afghanistan (IEA), Amir Khan Muttaqi memberitahu bahawa gadis-gadis Afghanistan masih mempunyai laluan berbeza untuk pendidikan sehingga ke peringkat usia universiti.
Laluan berbeza itu merujuk kepada pendidikan peringkat lebih tinggi dalam bidang perubatan, pendidikan, kemahiran dan pengajian agama (Darul Ulum) yang khusus untuk wanita.
“Ini adalah penangguhan sementara bukan pada pendidikan, tetapi penangguhan kepada pendidikan liberal sekular,” kata Shaykh Hamid dalam klip video yang dikongsikan 5Pillars.
Isu akses pendidikan wanita menjadi duri dalam daging IEA yang menyaksikan Afghanistan tidak diiktiraf mana-mana negara sejak kejatuhan kerajaan yang disokong kuasa barat pada Ogos 2021.
Ia juga dijadikan antara alasan untuk kuasa-kuasa barat meneruskan sekatan ekonomi dan politik ke atas negara dengan 40 juta populasi itu hingga menyebabkan Afghanistan terus terbelenggu dengan krisis kemanusiaan menekan. – The Merdeka Times
Sumber: Tolo News & 5Pillars
View this post on Instagram
