Antarabangsa
22 tahun selepas insiden 11 September, Muslim masih didiskriminasi?
Lebih dua dekad selepas serangan pengganas 11 September 2001, diskriminasi dan kebencian terhadap Muslim di Amerika Syarikat (AS) masih wujud sehingga menimbulkan kemarahan kumpulan hak asasi Muslim terbesar di negara itu.

- Lebih dua dekad selepas serangan pengganas 11 September 2001, diskriminasi dan kebencian terhadap Muslim di Amerika Syarikat (AS) masih wujud sehingga menimbulkan kemarahan kumpulan hak asasi Muslim terbesar di negara itu.
- “Selepas 22 tahun, malangnya, Islamofobia meresap dan menjadi sebahagian daripada struktur rasisme yang masih wujud di beberapa bahagian negara kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR-CA) cawangan California, Hussam Ayloush.
- Katanya, orang Islam diganggu di lapangan terbang, FBI melakukan pemeriksaan, meletakkan pemberi maklumat di masjid dan memberi kebenaran kepada agensi seperti FBI dan CIA untuk mengesan orang Islam dari negara seperti Syria, Libya dan Sudan
- Jumlah jenayah kebencian terhadap Muslim melonjak dengan ketara selepas serangan 9/11, meningkat 1,617 peratus dari tahun 2000-2001, berdasarkan statistik FBI.
- “Sentimen Islamofobia sebelum 9/11 sudah kuat,” kata Profesor sosiologi di Universiti di Milwaukee, Wisconsin, khusus dalam Kajian Arab dan Muslim Amerika, Louise Cainkar.
- Prof Cainkar percaya pandangan anti-Muslim digerakkan oleh dasar luar negara AS dan peperangan, tidak kira siapa pun yang menjadi Presiden negara kuasa besar itu.
Lebih dua dekad selepas serangan pengganas 11 September 2001, diskriminasi dan kebencian terhadap Muslim di Amerika Syarikat (AS) masih wujud sehingga menimbulkan kemarahan kumpulan hak asasi Muslim terbesar di negara itu.
“Selepas 22 tahun, malangnya, Islamofobia meresap dan menjadi sebahagian daripada struktur rasisme yang masih wujud di beberapa bahagian negara kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR-CA) cawangan California, Hussam Ayloush.
Hussam berkata hampir satu juta daripada anggaran lima juta Muslim yang tinggal di California menunjukkan mereka masih diganggu dan menerima prasangka buruk selepas serangan 9/11.
“Lebih 50 peratus pelajar Muslim di California menghadapi beberapa bentuk buli lisan dan fizikal di sekolah-sekolah awam hanya kerana mereka seorang Muslim,” kata Hussam dipetik agensi berita Anadolu.
Beliau berkata orang Islam juga diganggu di lapangan terbang, FBI melakukan pemeriksaan, meletakkan pemberi maklumat di masjid dan memberi kebenaran kepada agensi seperti FBI dan CIA untuk mengesan orang Islam dari negara seperti Syria, Libya dan Sudan
Jumlah jenayah kebencian terhadap Muslim melonjak dengan ketara selepas serangan 9/11, meningkat 1,617 peratus dari tahun 2000-2001, berdasarkan statistik FBI.
Peningkatan itu merupakan yang tertinggi dalam sejarah AS berkenaan jenayah kebencian terhadap komuniti Muslim.
“Sentimen Islamofobia sebelum 9/11 sudah kuat,” kata Profesor sosiologi di Universiti di Milwaukee, Wisconsin, khusus dalam Kajian Arab dan Muslim Amerika, Louise Cainkar.
Katanya, stereotaip sama iaitu keganasan, pengganas dan penindasan terhadap wanita boleh digunakan untuk keuntungan politik semasa pilihan raya dan perang.
Pada dasarnya, Islamofobia masih wujud pada masa kini meskipun 9/11 menjadi sejarah.
Prof Cainkar percaya pandangan anti-Muslim digerakkan oleh dasar luar negara AS dan peperangan, tidak kira siapa pun yang menjadi Presiden negara kuasa besar itu.
Sumber: Anadolu
Antarabangsa
Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung
Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

- Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
- “Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
- Penghakiman itu diperoleh daripada kes dikemukakan seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
- Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
- Mahkamah berpangkalan di Luxembourg berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia diguna secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.
Brussels: Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
“Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
Penghakiman itu diperoleh daripada kes yang dikemukakan oleh seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
Mahkamah yang berpangkalan di Luxembourg itu berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia digunakan secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.
Lagipun, ia terhad kepada perkara yang sangat diperlukan.
Keputusan yang sah untuk pejabat sektor awam di seluruh EU menyokong penghakiman mahkamah EU sebelumnya yang mendapati larangan sedemikian sah di tempat kerja sektor swasta.
Ia berkata, mahkamah negara harus memutuskan kebolehgunaan larangan itu.
Pejabat awam juga boleh mempunyai dasar mengehadkan larangan itu kepada pekerja yang berhadapan dengan orang ramai, atau memutuskan untuk membenarkan pemakaian tanda agama atau falsafah kepercayaan boleh dilihat.
“Setiap negara anggota, dan mana-mana badan infra-negeri dalam rangka kerja kecekapannya, mempunyai margin budi bicara dalam mereka bentuk neutraliti perkhidmatan awam yang ingin dipromosikan di tempat kerja, bergantung pada konteksnya sendiri.
“Bagaimanapun, objektif itu mesti diteruskan dengan cara yang konsisten dan sistematik.
“Langkah yang diambil untuk mencapainya mesti dihadkan kepada apa yang sangat diperlukan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular