Connect with us

Antarabangsa

Wanita Muslim dipukul, dicabul kumpulan pelampau Hindu di Madhya Pradesh

Seorang wanita Muslim, yang juga ahli fisioterapi, diserang, dicabul dan cuba dirogol empat lelaki dan seorang wanita tidak dikenali di Madhya Pradesh pada Jumaat lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Wanita Muslim dipukul, dicabul kumpulan pelampau Hindu di Madhya Pradesh
Foto: Penduduk tempatan membantah di luar Pejabat SP, Ujjain MP.
  • Seorang wanita Muslim, yang juga ahli fisioterapi, diserang, dicabul dan cuba dirogol empat lelaki dan seorang wanita tidak dikenali di Madhya Pradesh pada Jumaat lalu.
  • Ketika insiden serangan berlaku, mangsa, Zarrin Khan, 23, dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya pada petang 28 Julai lalu sebelum dihentikan empat lelaki yang bertindak memukul dan membelasahnya di Gola Mandi.
  • Gola Mandi adalah kawasan didominasi penganut Hindu dan insiden itu berlaku ketika mangsa melaluinya untuk pulang ke rumahnya di Chitera Bhakal.
  • Setelah dipukul dan disaksikan ramai orang di kawasan itu, sepupu mangsa yang kebetulan melalui kawasan itu menyelamatkannya selepas dia turut dipukul tetapi berjaya melarikan diri.
  • Sepupu mangsa, Taufeeq mendakwa dua penyerang itu adalah ahli kumpulan Akhil Bharatiya Vidyarthi Parishad (sayap pelajar parti Bharatiya Janata) dan Bajrang Dal serta ada penyerang dari kumpulan pelampau Hindu, Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS).

Seorang wanita Muslim, yang juga ahli fisioterapi, diserang, dicabul dan cuba dirogol empat lelaki dan seorang wanita tidak dikenali di Madhya Pradesh pada Jumaat lalu.

Ketika insiden serangan berlaku, mangsa, Zarrin Khan, 23, dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya pada petang 28 Julai lalu sebelum dihentikan empat lelaki yang bertindak memukul dan membelasahnya di Gola Mandi.

Gola Mandi adalah kawasan didominasi penganut Hindu dan insiden itu berlaku ketika mangsa melaluinya untuk pulang ke rumahnya di Chitera Bhakal.

Kumpulan penyerang itu mempunyai senjata tajam, pedang, kayu pemukul dan batang besi. 

Ketika insiden malang itu berlaku, mangsa telah dipukul dan diraba serta pakaiannya dikoyak.

Zarrin berkata beliau tidak mempercayai apa berlaku ke atasnya selepas diserang penyerangnya itu di kawasan Mirchi Nala, Gola Mandi.

“Mereka mengambil kunci skuter dan mula mencerca saya, (mereka) memanggil saya ‘Mulli’ dan ‘Jihadan’ serta berkata saya tidak boleh melalui kawasan ini kerana ia kawasan mereka. 

“Ketika saya cuba mempertahankan diri, salah seorang daripada mereka mengoyakkan pakaian dan cuba menyentap tudung saya.

“Mereka mempunyai objek tajam, cuba mencacatkan muka saya, mencabul dan meraba, (sehingga) pada satu ketika saya rasa seperti mereka akan merogol saya,” kata mangsa dipetik Maktoob Media.

Ketika mangsa merayu agar dilepaskan, penyerang itu berkata; “Kamu tidak boleh berbuat apa-apa, pemerintah (memihak) kepada kami, tiada siapa boleh menyakiti kami, pemerintah (memihak) kepada kami dan ia dalam poket kami, kami akan mengulang apa yang berlaku kepada wanita di Manipur”.

Mangsa mendakwa penyerang wanita itu pula menyerahkan sebilah pedang kepada kumpulan penyerang lelaki untuk membunuhnya.

“Saya bertanya kepada wanita itu apakah dia akan melakukan perkara sama terhadap anaknya?” tetapi penyerang wanita itu menjawab, “kamu bukan anak saya”.

Setelah dipukul dan disaksikan ramai orang di kawasan itu, sepupu mangsa yang kebetulan melalui kawasan itu menyelamatkannya selepas dia turut dipukul tetapi berjaya melarikan diri.

Sepupu mangsa, Taufeeq mendakwa dua penyerang itu adalah ahli kumpulan Akhil Bharatiya Vidyarthi Parishad (sayap pelajar parti Bharatiya Janata) dan Bajrang Dal serta ada penyerang dari kumpulan pelampau Hindu, Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS).

Sumber: Maktoob Media, India Today, Hindustan Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *