Terkini
(VIDEO) Gelombang hijau tidak akan bertapak di Selangor – Fahmi Fadzil
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil menegaskan ‘gelombang hijau’ tidak akan bertapak di negeri Selangor.
- Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil menegaskan ‘gelombang hijau’ tidak akan bertapak di negeri Selangor.
- Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata, Kerajaan Negeri Selangor sejak 2008 menunjukkan pentadbiran yang baik di mana mereka mampu menjimatkan duit dan mengurangkan ketirisan, malah lebihan hasil pembangunan juga dapat dinikmati rakyat.
- Tidak! Tidak sesekali tidak, gelombang hijau tidak akan bertapak di negeri Selangor. Betul ke tidak? Kenapa? (penonton jerit; walaun) hahaha..Walaun.”
- “Itu satu perkara yang betul kerana… telah terbukti tuan-tuan puan-puan bagaimana negeri Selangor, Barisan Nasional mentadbir 51 tahun Pakatan Harapan mentadbir 66 tahun sekiranya Insyaallah PH dan BN menang dan bentuk Kerajaan Perpaduan di negeri Selangor Insyaallah tidak mustahil 66 tahun ke depan kita akan bertanding di sini,” katanya semasa Ceramah Umum Perpaduan Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di Taman Medan Cahaya, dekat sini malam tadi.
KUALA LUMPUR — Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil menegaskan ‘gelombang hijau’ tidak akan bertapak di negeri Selangor.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata, Kerajaan Negeri Selangor sejak 2008 menunjukkan pentadbiran yang baik di mana mereka mampu menjimatkan duit dan mengurangkan ketirisan, malah lebihan hasil pembangunan juga dapat dinikmati rakyat.
“Saya tadi geli hati melihat bagaimana anak muda sekarang mengangkat satu tanda baru tangan yang diangkat berwarna merah dan biru menjadi lambang persatuan perpaduan kita, yang merah dan biru sekarang bersama menjadi satu kekuatan yang akan menggoncang gelombang hijau yang kononnya telah melanda.
“Tidak! Tidak sesekali tidak, gelombang hijau tidak akan bertapak di negeri Selangor. Betul ke tidak? Kenapa? (penonton jerit; walaun) hahaha..Walaun.
“Itu satu perkara yang betul kerana… telah terbukti tuan-tuan puan-puan bagaimana negeri Selangor, Barisan Nasional mentadbir 51 tahun Pakatan Harapan mentadbir 66 tahun sekiranya Insyaallah PH dan BN menang dan bentuk Kerajaan Perpaduan di negeri Selangor Insyaallah tidak mustahil 66 tahun ke depan kita akan bertanding di sini,” katanya semasa Ceramah Umum Perpaduan Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di Taman Medan Cahaya, dekat sini malam tadi.
Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, dalam tempoh 15 tahun kebelakang ini juga, masyarakat dapat menyaksikan bagaimana di Selangor yang dulu bermula dengan air dan bas, kini sudah mempunyai 47 program menyantuni seluruh masyarakat.
Beliau turut membandingkan perkara itu dengan negeri lain seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu yang disifatkan sebagai tidak mampu melaksanakan program sedemikian.
“Cuba tanya Sanusi berapa banyak program dia ada dekat negeri dia? Cuba tanya negeri Terengganu berapa banyak program dia ada kat sana? Kita tanya Nik Amar di Kelantan berapa banyak program diadakan di negeri dia. Tidak mampu dilakukan,” katanya. — The Merdeka Times