Connect with us

Terkini

Timbalan Pendakwa Raya kes rasuah Zahid Hamidi digugurkan tanpa pengumuman rasmi

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran yang mengetuai pasukan pendakwaan bagi 47 pertuduhan dana Yayasan Akal Budi melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah digugurkan daripada kes itu minggu lepas.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Timbalan Pendakwa Raya kes rasuah Zahid Hamidi digugurkan tanpa pengumuman rasmi
Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
  • Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran yang mengetuai pasukan pendakwaan bagi 47 pertuduhan dana Yayasan Akal Budi melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah digugurkan daripada kes itu minggu lepas.
  • Raja Rozela mengetuai kes Ahmad Zahid yang sedang berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah, lapan berhubung rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
  • Sebelum ini, akhbar The New Straits Times melaporkan bahawa perbicaraan yang bersambung minggu lalu diteruskan tanpa kehadiran Raja Rozela.
  • Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana yayasan berkenaan untuk membuat enam pembayaran bagi penggunaan kad kredit peribadinya, polisi insurans dan lesen kenderaan peribadi, memindahkan wang ke firma guaman dan membuat sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia.

KUALA LUMPUR – Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran yang mengetuai pasukan pendakwaan bagi 47 pertuduhan dana Yayasan Akal Budi melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah digugurkan daripada kes itu minggu lepas.

MalaysiaGazette difahamkan, Raja Rozela digugurkan tanpa sebarang pengumuman rasmi berhubung perkara itu.

Raja Rozela yang dihubungi oleh media berkata, sebagai penjawat awam beliau tidak boleh mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut.

Raja Rozela mengetuai kes Ahmad Zahid yang sedang berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah, lapan berhubung rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Sebelum ini, akhbar The New Straits Times melaporkan bahawa perbicaraan yang bersambung minggu lalu diteruskan tanpa kehadiran Raja Rozela.

Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana yayasan berkenaan untuk membuat enam pembayaran bagi penggunaan kad kredit peribadinya, polisi insurans dan lesen kenderaan peribadi, memindahkan wang ke firma guaman dan membuat sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ahmad Zahid ketika membela diri pada 22 Mei tahun lalu, memberitahu Mahkamah Tinggi, baki wang dalam akaun peribadinya lebih daripada mencukupi untuk membayar kad kredit miliknya tanpa menggunakan dana Yayasan Akalbudi. 

Sumber: Malaysia Gazette

Author