Connect with us

Terkini

Terengganu guna tema, logo Hari Kebangsaan seperti kerajaan Pusat

Kerajaan negeri Terengganu tetap akan menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang sama dengan kerajaan Pusat untuk sambutan peringkat negeri pada tahun ini.

Wartawan TMT

Published

on

Terengganu guna tema, logo Hari Kebangsaan seperti kerajaan Pusat
Foto: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
  • Kerajaan negeri Terengganu tetap akan menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang sama dengan kerajaan Pusat untuk sambutan peringkat negeri pada tahun ini.
  • Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, semua persiapan yang telah dibuat untuk sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Terengganu sebelum ini akan diteruskan seperti biasa.
  • “Ya, sama (penggunaan logo dan tema Hari Kebangsaan mengikut kerajaan Pusat),” jawabnya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
  • Jawapan itu sekali gus menamatkan spekulasi kononnya empat negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk sambutan peringkat negeri pada tahun ini.
  • Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini ialah ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ serta logo Malaysia Madani.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu tetap akan menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang sama dengan kerajaan Pusat untuk sambutan peringkat negeri pada tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, semua persiapan yang telah dibuat untuk sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Terengganu sebelum ini akan diteruskan seperti biasa.

“Ya, sama (penggunaan logo dan tema Hari Kebangsaan mengikut kerajaan Pusat),” jawabnya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini ialah ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ serta logo Malaysia Madani.

Jawapan itu sekali gus menamatkan spekulasi kononnya empat negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk sambutan peringkat negeri pada tahun ini.

Pada Sabtu lalu, Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah gabungan itu berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN.

Logo yang diperkenalkan Pemuda PN berteraskan bunga raya dengan lima kelopak yang menjadi bunga kebangsaan serta mengambil elemen warna yang terdapat pada Jalur Gemilang dengan tema ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’.

Bagaimanapun, setelah menerima pelbagai kritikan dari banyak pihak, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan memaklumkan perkara tersebut hanyalah cadangan Pemuda PN sebagai alternatif logo dan tema sambutan.

Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad memuji keputusan Terengganu untuk tetap menggunakan logo dan tema sambutan Hari Kebangsaan yang sama seperti ditetapkan oleh kerajaan Pusat..

Menurutnya, Hari Kebangsaan hendaklah disambut oleh semua pihak tidak kira fahaman politik dalam semangat penyatuan demi negara Malaysia yang disayangi.

“Kenyataan Menteri Besar Terengganu adalah tepat pada masanya. Apa jua perbezaan pendapat hendaklah diketepikan demi membina negara yang lebih makmur dengan semangat kejayaan kita menyambut Hari Kebangsaan bersama.

“Tanggungjawab ahli politik serta wakil rakyat yang ikhlas ialah untuk membantu rakyat dengan meringankan beban harian mereka dan bukan menambahkan kemelut serta bebanan dalam hidup mereka dengan berpolitik tidak berkesudahan,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending