Terkini
Sanusi menang besar di Jeneri, majoriti 16,050 undi
Sekalipun diasak bertubi-tubi lawan, ‘panglima perang’ Perikatan Nasional (PN) dari PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menang bergaya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri dengan majoriti 16,050 undi.

KUALA LUMPUR – Sekalipun diasak bertubi-tubi lawan, ‘panglima perang’ Perikatan Nasional (PN) dari PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menang bergaya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri dengan majoriti 16,050 undi.
Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah mendapat 21,823 undi menewaskan lawannya dari Pakatan Harapan (PH)/Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim yang hanya memperoleh 5,773 undi.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Sanusi menang di kerusi DUN Jeneri selepas menewaskan penyandang BN, Mahadzir Abdul Hamid dan Mohd Nazri Abu Hassan (PH) dengan majoriti 2,455 undi.
DUN Jeneri mempunyai 35,079 pengundi dengan lebih 90 peratus pengundi adalah Melayu. – The Merdeka Times
