Antarabangsa
Rejim Israel bunuh pejuang Briged Syahid Al-Aqsa
Tentera Israel membunuh seorang lelaki Palestin bersenjata semasa serbuan sehingga tercetusnya pertempuran di bandar Jenin di Tebing Barat yang diduduki, menurut pegawai perubatan dan kumpulan pejuang.

- Tentera Israel membunuh seorang lelaki Palestin bersenjata semasa serbuan sehingga tercetusnya pertempuran di bandar Jenin di Tebing Barat yang diduduki, menurut pegawai perubatan dan kumpulan pejuang.
- Lelaki yang maut, Mustafa al-Kastouni, 32, adalah pegawai kanan Briged Syahid Al-Aqsa, sayap bersenjata pergerakan Fatah, pimpinan Presiden Mahmoud Abbas.
- “Sepucuk pistol dan sedozen bom dirampas dalam operasi itu, di mana seorang askar cedera ringan,” menurut kenyataan tentera.
- Menurut saksi, tentera Israel meletupkan sebuah rumah milik keluarga mangsa dan sebuah kedai roti lain.
- Tebing Barat adalah antara wilayah di mana rakyat Palestin berusaha menubuhkan sebuah negara, namun kini ditawan oleh Israel.
JENIN: Tentera Israel membunuh seorang lelaki Palestin bersenjata semasa serbuan sehingga tercetusnya pertempuran di bandar Jenin di Tebing Barat yang diduduki, menurut pegawai perubatan dan kumpulan pejuang.
Kementerian Kesihatan Palestin berkata, seorang kakitangannya wanita turut cedera parah.
Lelaki yang maut, Mustafa al-Kastouni, 32, adalah pegawai kanan Briged Syahid Al-Aqsa, sayap bersenjata pergerakan Fatah, pimpinan Presiden Mahmoud Abbas.
Tentera Israel berkata, pihak tentera diserang dan mereka terpaksa menembak balik ketika misi menangkap suspek yang juga anggota pejuang yang disokong Iran.
“Sepucuk pistol dan sedozen bom turut dirampas dalam operasi itu, di mana seorang askar cedera ringan,” menurut kenyataan tentera.
Sementara itu, menurut saksi, tentera Israel meletupkan sebuah rumah milik keluarga mangsa dan sebuah kedai roti lain.
Keganasan di Tebing Barat bertambah buruk sejak 15 bulan lalu dengan peningkatan serbuan Israel, serangan jalanan di Palestin dan serangan oleh peneroka Yahudi ke atas perkampungan Palestin.
Tebing Barat adalah antara wilayah di mana rakyat Palestin berusaha untuk menubuhkan sebuah negara, namun kini ditawan oleh Israel.
Israel sejak sekian lama memanjangkan krisis di wilayah itu, manakala rakyat Palestin berpecah antara pentadbiran yang disokong Barat dan kumpulan Hamas yang menolak hidup bersama dengan Israel.
Sumber: Berita Harian

You must be logged in to post a comment Login