Antarabangsa
Protes pendudukan haram di Tebing Barat, 200 remaja Israel enggan sertai tentera
Sekurang-kurangnya 200 remaja menandatangani surat bersama menyatakan penolakan mereka dari menyertai perkhidmatan ketenteraan Israel.
- Sekurang-kurangnya 200 remaja menandatangani surat bersama menyatakan penolakan mereka dari menyertai perkhidmatan ketenteraan Israel.
- Usaha itu dilakukan sebagai protes terhadap rombakan badan kehakiman Israel dan kawalan berpanjangan rejim aparteid Israel terhadap Tebing Barat.
- “Dalam beberapa minggu ini kami membuat keputusan untuk melakukan sesuatu,” kata salah seorang penganjur inisiatif “belia melawan diktator”, Tal Mitnick dalam sebuah rakaman video.
- Dalam satu kenyataan pada Ahad lalu, pelajar-pelajar gred 12 itu mengisytiharkan akan mendedahkan surat itu dalam satu protes yang dijadualkan di pusat gimnasium Herzliya Hebrew, Tel Aviv, apabila sekolah dibuka pada 3 September depan.
Sekurang-kurangnya 200 remaja menandatangani surat bersama menyatakan penolakan mereka dari menyertai perkhidmatan ketenteraan Israel.
Usaha itu dilakukan sebagai protes terhadap rombakan badan kehakiman Israel dan kawalan berpanjangan rejim aparteid Israel terhadap Tebing Barat.
“Dalam beberapa minggu ini kami membuat keputusan untuk melakukan sesuatu,” kata salah seorang penganjur inisiatif “belia melawan diktator”, Tal Mitnick dalam sebuah rakaman video.
“Kita mesti menghentikan rombakan kehakiman (yang ingin dilakukan) dan berhenti mengambil bahagian sebagai tentera yang berkhidmat untuk penempatan (haram) dan pendudukan (haram).
“Kami membuat keputusan untuk menggunakan kuasa kami, sebagai golongan yang diarahkan untuk berkhidmat dalam tentera, untuk memprotes dan menyatakan bahawa kami tidak akan menyertainya,” kata remaja 17 tahun itu dipetik Times of Israel.
Dalam satu kenyataan pada Ahad lalu, pelajar-pelajar gred 12 itu mengisytiharkan akan mendedahkan surat itu dalam satu protes yang dijadualkan di pusat gimnasium Herzliya Hebrew, Tel Aviv, apabila sekolah dibuka pada 3 September depan.
Komander tertinggi Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dilaporkan memberi amaran bahawa protes pasukan simpanan itu semakin memberi impak negatif terhadap persediaan ketenteraan.
Perkara itu juga mengundang teguran dari Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, penggubal undang-undang dan penyokong tegar bagi kerajaan agama berhaluan kanan itu.
Sumber: Times of Israel