Terkini
PRN : Ahmad Yakob memang tidak mahu kekal MB Kelantan
Datuk Ahmad Yakob menegaskan beliau memang tidak mahu mengekalkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

- Datuk Ahmad Yakob menegaskan beliau memang tidak mahu mengekalkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.
- Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang dilaporkan sebagai berkata, sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lagi, Ahmad Yakob tidak mahu bertanding.
- “Tiada isu digugurkan kerana Ahmad Yakob memang sejak PRU-14 lagi meminta untuk tidak bertanding, namun Presiden parti mahu beliau terus memimpin,” katanya dipetik Harian Metro selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Panji di Kota Bharu, Kelantan, hari ini.
KUALA LUMPUR – Datuk Ahmad Yakob menegaskan beliau memang tidak mahu mengekalkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.
Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang dilaporkan sebagai berkata, sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lagi, Ahmad Yakob tidak mahu bertanding.
Bagaimanapun, Mohamad Amar berkata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tetap merasakan Ahmad Yakob perlu ada untuk memimpin parti.
“Tiada isu digugurkan kerana Ahmad Yakob memang sejak PRU-14 lagi meminta untuk tidak bertanding, namun Presiden parti mahu beliau terus memimpin.
“Bagaimanapun, kali ini beliau minta secara bersungguh-sungguh dan presiden parti ambil maklum dengan mengambil kira faktor kesihatan dan usia,” katanya dipetik Harian Metro selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Panji di Kota Bharu, Kelantan, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, isu calon Menteri Besar Kelantan hangat diperkatakan sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan kenyataan terbaharu, menteri besar dan timbalannya dijangka diganti, sekiranya Pas terus mentadbir Kelantan, esok. – The Merdeka Times
