Connect with us

Antarabangsa

Pope Francis bertemu mangsa penderaan seksual ‘orang gereja’ di Portugal

Pope Francis mengadakan pertemuan peribadi dengan mangsa penderaan seksual paderi atau pegawai gereja sempena lawatan lima harinya ke Portugal.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pope Francis bertemu mangsa penderaan seksual ‘orang gereja’ di Portugal
Foto: Pope Francis.
  • Pope Francis mengadakan pertemuan peribadi dengan mangsa penderaan seksual paderi atau pegawai gereja sempena lawatan lima harinya ke Portugal.
  • Laporan sebuah suruhanjaya bebas pada tahun ini merumuskan sekurang-kurangnya 4,815 kanak-kanak telah dianiaya di Portugal, manakala pihak gereja didakwa secara “sistematik” menyembunyikan perkara itu.
  • Dalam satu upacara perjumpaan petang di Lisbon, Pope dipetik BBC sebagai berkata pihak gereja seharusnya mendengar “tangisan penderitaan mangsa”.
  • Februari lalu, sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan Gereja Katolik Portugal, turut menerbitkan laporan mendokumentasikan pengalaman 564 individu yang dikatakan dianiayai paderi atau pegawai gereja.

Pope Francis mengadakan pertemuan peribadi dengan mangsa penderaan seksual paderi atau pegawai gereja sempena lawatan lima harinya ke Portugal.

Laporan sebuah suruhanjaya bebas pada tahun ini merumuskan sekurang-kurangnya 4,815 kanak-kanak telah dianiaya di Portugal, manakala pihak gereja didakwa secara “sistematik” menyembunyikan perkara itu.

Dalam satu upacara perjumpaan petang di Lisbon, Pope dipetik BBC sebagai berkata pihak gereja seharusnya mendengar “tangisan penderitaan mangsa”.

Vatican menjelaskan perjumpaan diadakan pada Rabu itu berlangsung dalam “suasana (saling) mendengar dengan teliti.”

Pope berkata skandal itu, “menyeru kita merendah dan membersihkan diri” dan kemarahan tercetus dari skandal itu telah menyumbang “peningkatan (golongan) yang memisahkan diri dari keimanan”.

Vatican turut melaporkan perjumpaan lebih sejam yang diadakan di premis misi diplomatik Holy See’s di Portugal itu membabitkan 13 mangsa penderaan.

Februari lalu, sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan Gereja Katolik Portugal, turut menerbitkan laporan mendokumentasikan pengalaman 564 individu yang dikatakan dianiayai paderi atau pegawai gereja.

Presiden suruhanjaya bebas itu yang juga Ahli Psikiatri Kanak-Kanak, Pedro Strecht berkata anggaran pembentangan (mangsa) itu (pada kadar) “paling minimum” dan “angka-angka (dibentangkan) hanyalah sebahagian kecil dari realiti sebenar (the tip of the iceberg)”.

Sumber: BBC, BBC

Author