Connect with us

Terkini

Polis kena ingat, dia kena jaga masa depan anak bangsa – Hamzah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) diingatkan tidak melupakan tanggungjawab menjaga anak bangsa walaupun mereka diarah untuk menangkap pemimpin Perikatan Nasional (PN).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Polis kena ingat, dia kena jaga masa depan anak bangsa – Hamzah
Foto: Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin berucap pada Himpunan Jentera PN N03 Sungai Panjang di Markas Pas, Simpang Lima di sini malam tadi.
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) diingatkan tidak melupakan tanggungjawab menjaga anak bangsa walaupun mereka diarah menangkap pemimpin Perikatan Nasional (PN).
  • Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, anggota keselamatan juga perlu mengambil kesempatan mendengar tawaran yang boleh diberikan PN kepada kestabilan negara.
  • “Saya nak beritahu polis yang dengar ini, kerja dia bukan sahaja tangkap apa yang kita ucap, dia juga kena ingat dalam hati dia, dia kena jaga masa depan anak bangsa.
  • “Jadi, bila dengar ucapan, jangan rakam sahaja, dengar sekali, macam kita, kita ucap, kita dengar balik dan buat kerja. Begitu juga mereka. Beritahu kepada keluarga sahabat handai.”

SUNGAI BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) diingatkan tidak melupakan tanggungjawab menjaga anak bangsa walaupun mereka diarah untuk menangkap pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, anggota keselamatan juga perlu mengambil kesempatan untuk mendengar tawaran yang boleh diberikan PN kepada kestabilan negara.

“Saya nak beritahu polis yang dengar ini, kerja dia bukan sahaja tangkap apa yang kita ucap, dia juga kena ingat dalam hati dia, dia kena jaga masa depan anak bangsa.

“Jadi, bila dengar ucapan, jangan rakam sahaja, dengar sekali, macam kita, kita ucap, kita dengar balik dan buat kerja. Begitu juga mereka. Beritahu kepada keluarga sahabat handai.

“Kerajaan yang lebih baik adalah PN, sama juga dengan agensi lain, agensi kerajaan patutnya dengar,” kata bekas Menteri Dalam Negeri itu ketika berucap pada Himpunan Jentera PN N03 Sungai Panjang di Markas Pas, Simpang Lima di sini malam tadi.

Hadir sama Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Hamzah juga berkata, keupayaan PN mentadbir negara sebelum ini membuktikan blok politik itu boleh menawarkan sebuah kerajaan yang lebih stabil dan bersih dengan pelbagai manfaat terus kepada rakyat.

“Gelombang besar menunjukkan PN akan ambil alih Kerajaan Negeri Selangor kalau dah tahu macam tu, pegawai kerajaan kena undi samalah.

“Dalam keadaan menentukan masa depan, kita pilih pemimpin yang benar-benar tahu urus negara dan negeri.

“Semasa Abah (Tan Sri Muhyiddin Yassin) ambil alih negara sebagai Perdana Menteri, Allah uji dengan musibah besar Covid-19, hari-hari kami mesyuarat nak tentukan supaya rakyat hidup selamat.

“Bila ada pilihan raya boleh datang, tak payah pakai mask, dapat vaksin, jaga nyawa,” katanya lagi. 

Sumber: MalaysiaGazette

Author