Connect with us

Terkini

‘Pengundi hantu’, pusat undi ditutup antara insiden mewarnai PRN

Proses pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hari ini diwarnai beberapa insiden menarik, termasuk wujudnya dakwaan pengundi hantu, membabitkan beberapa pengundi dan calon di beberapa kawasan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

‘Pengundi hantu’, pusat undi ditutup antara insiden mewarnai PRN
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Proses pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hari ini diwarnai beberapa insiden menarik, termasuk dakwaan wujudnya pengundi hantu, membabitkan beberapa pengundi dan calon di beberapa kawasan.
  • Antara insiden menarik itu adalah ada beberapa pengundi gagal membuang undi kerana namanya telah digunakan, pusat pengundian terpaksa ditutup sementara dan dakwaan berlakunya ketidaktelusan.
  • Calon Perikatan Nasional (PN) kerusi DUN Paya Terubong, Andrew Ooi Gheen Oon dilaporkan mendakwa peti undi di saluran 15 di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Relau ditemui dalam keadaan tidak bermeterai (seal).
  • Insiden itu menyebabkan proses pengundian terhenti sementara apabila Andrew Ooi  menemui peti undi tersebut ketika meninjau pusat mengundi terbabit kira-kira jam 11.30 pagi.
  • Insiden lain membabitkan pengundi wanita DUN Lunas, Kedah, Rozana Mokhtar yang gagal membuang undi apabila namanya didaftarkan sudah mengundi di kawasan terbabit.
  • “Nama sama boleh terima lagi..ni ic sama kot..tak pasal kena buat report..sesungguhnya PENGUNDI HANTU tu wujud tau.. Kecewa tidak tahu nak cerita… geram semua ada..ni nak kena pergi IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) pula dah,” kata pengundi wanita itu.

KUALA LUMPUR —  Proses pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hari ini diwarnai beberapa insiden menarik, termasuk  dakwaan wujudnya pengundi hantu, membabitkan beberapa pengundi dan calon di beberapa kawasan.

Antara insiden menarik itu adalah ada beberapa pengundi gagal membuang undi kerana namanya telah digunakan, pusat pengundian terpaksa ditutup sementara dan dakwaan berlakunya ketidaktelusan.

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Terubong, Andrew Ooi Gheen Oon dilaporkan mendakwa peti undi di saluran 15 di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Relau ditemui dalam keadaan tidak bermeterai (seal).

Insiden itu menyebabkan proses pengundian terhenti sementara apabila Andrew Ooi  menemui peti undi itu ketika meninjau pusat pengundian terbabit pada kira-kira jam 11.30 pagi.

“Susulan insiden itu, pihak SPR dan PDRM datang ke kawasan tersebut sebelum saya memaklumkan penemuan peti undi tidak bermeterai (seal) itu.

“Bagaimanapun, mereka (Suruhanjaya Pilihan Raya) mendakwa mendapat arahan untuk seal semula peti undi tersebut.

“Sejam kemudian kira-kira 12.30 tengah hari proses pengundian di saluran berkenaan dibuka kepada orang ramai,” katanya dipetik MalaysiaGazette.

Pada masa sama, calon PN DUN Seberang Jaya, Izhar Shah Datuk Arif Shah turut menegaskan sebarang bentuk kesalahan pilihan raya di kawasan terbabit perlu dihentikan.

Gesaan itu selepas beliau mendapati terdapat cetakan kertas seakan kertas undi diedarkan di khemah milik Pakatan Harapan (PH) berhampiran pusat pengundian termasuk di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya.

                                  Foto dimuat naik Izhar Shah Datuk Arif Shah di Facebook hari ini.

Kesal dengan perkara itu, beliau berkata perkara berkenaan jelas menyalahi Seksyen 3(1)(j) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Perbuatan tersebut juga boleh disifatkan sebagai aktiviti berkempen di luar tempoh berkempen yang menyalahi Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Laporan kepada pihak SPR dan PDRM sedang diusahakan.

“Saya mohon para penyokong Perikatan Nasional termasuklah Polling Agent dan Counting Agent memberi sepenuh perhatian dalam melawan tindakan yang melanggar undang-undang ini. Kita lawan kezaliman!” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Insiden berbeza dihadapi pengundi wanita N.38 Paya Jaras apabila mendakwa gagal membuang undi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh susulan semakan kerani mendapati dia telah menjalankan undi pos.

Perkara itu didedahkan menerusi akaun TikTok @sungaibulohchannelSB, di mana dua orang individu lelaki dan wanita yang terbabit insiden itu menyuarakan rasa terkilan.

Wanita bernama Azizah itu berkata dia ingin melaksanakan tanggungjawab undi biasa, namun namanya dimaklumkan telah digunakan untuk undi pos sedangkan dia tidak pernah membuat permohonan undi pos.

“Puan Azizah datang dari Klang yang biasanya datang bersama suami untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi di SK Bandar Baru Sungai Buloh tapi malangnya kita aman terkilan dan sedih bilamana dilaporkan tempat saya (mereka) membuang undi ketika disemak oleh kerani, namanya telah digunakan. 

“Maksudnya telah membuat undian, sedangkan tiada permohonan pun (di bawah) nama Puan Azizah untuk undi pos. Kita call SPR Putrajaya dan telah disemak nama akak ini, Puan Azizah Binti Ahmad tidak pernah buat permohonan untuk undi pos,” kata lelaki terbabit yang tidak dimaklumkan identitinya. 

Insiden hampir sama dikongsikan pengundi wanita DUN Lunas, Kedah yang gagal membuang undi apabila namanya didaftarkan sudah mengundi.

Menerusi hantaran di Facebook, Rozana Mokhtar mendedahkan dia diberitahu oleh petugas pusat pengundian tentang kad pengenalannya telah digunakan individu lain yang hadir membuang undi.

“Semangat pagi ni nak pergi mengundi..elok pula orang tak ramai terus masuk ja… Bagi la ic kat petugas..depa check nama selepas itu depa macam terkejut la juga beritahu dah ada yang mai (datang) mengundi tadi guna ic ni.

“Nama sama boleh terima lagi..ni ic sama kot..tak pasal kena buat report..sesungguhnya PENGUNDI HANTU tu wujud tau.. Kecewa tidak tahu nak cerita… geram semua ada..ni nak kena pergi IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) pula dah,” katanya hari ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *