Antarabangsa
Pencemaran al-Quran harus dijadikan kesalahan jenayah
Menteri Luar Iran, Hossein Amir Abdollahian mengutuk tindakan keji penodaan al-Quran oleh Sweden dan Denmark pada persidangan tergempar OIC peringkat menteri luar dalam talian semalam untuk membahas insiden pembakaran al-Quran di negara Skandinavia itu.
- Menteri Luar Iran, Hossein Amir Abdollahian mengutuk tindakan keji penodaan al-Quran oleh Sweden dan Denmark pada persidangan tergempar OIC peringkat menteri luar semalam untuk membahas insiden pembakaran al-Quran di negara Skandinavia itu.
- Iran mengemukakan beberapa cadangan khusus seperti mengkategorikan penodaan al-Quran sebagai kesalahan jenayah di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.
- Arab Saudi, yang juga Presiden semasa OIC, bersama Iraq menyeru untuk mengadakan mesyuarat tergempar dan menolak tingkah laku yang memupuk ekstremisme dan sikap tidak bertoleransi.
TEHRAN – Menteri Luar Iran, Hossein Amir Abdollahian mengutuk tindakan keji penodaan al-Quran oleh Sweden dan Denmark pada persidangan tergempar OIC peringkat menteri luar dalam talian semalam untuk membahas insiden pembakaran al-Quran di negara Skandinavia itu.
Tehran Times melaporkan OIC menyuarakan “kekecewaan” terhadap tindakan Sweden dan Denmark dalam menangani insiden penodaan al-Quran.
Semasa pertemuan itu, Amir Abdollahian berkata Iran mengemukakan beberapa cadangan khusus iaitu pertama; menghantar delegasi OIC ke Sweden dan Denmark dengan kehadiran Setiausaha Agung untuk bertemu dengan pegawai kedua-dua negara dan menyampaikan kebimbangan mendalam umat Islam akibat pencemaran itu.
Kesan dijangkakan daripada pertemuan itu adalah semua yang terlibat dengan insiden pencemaran al-Quran harus menerima hukuman berat.
Kedua; OIC harus segera menangani isu penting itu dengan mencadangkan penyelesaian untuk mengkategorikannya sebagai kesalahan jenayah di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa, baik di alam nyata mahupun maya.
Sementara itu, Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan dalam satu kenyataan berkata, “kerajaan Saudi percaya akan kepentingan mewujudkan nilai dialog, pengampunan, rasa hormat dalam kalangan negara, agama dan budaya”.
Arab Saudi, yang juga Presiden semasa OIC, bersama Iraq menyeru untuk mengadakan mesyuarat tergempar dan menolak tingkah laku yang memupuk ekstremisme dan sikap tidak bertoleransi.
“Kerajaan Saudi mengutuk sekeras-kerasnya pencemaran Al-Quran yang berulang dan menekankan tindakan provokatif itu tidak boleh diterima dalam apa cara sekalipun,” kata pegawai tertinggi Arab Saudi.
Sumber: Tehran News