Antarabangsa
Pemuda Muslim selamatkan 17 individu, termasuk seorang bayi, dari kebakaran
Seorang pemuda Muslim Perancis dipuji sebagai wira kerana mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan 17 individu, termasuk seorang bayi, dalam satu insiden kebakaran.
- Seorang pemuda Muslim Perancis dipuji sebagai wira kerana mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan 17 individu, termasuk seorang bayi, dalam satu insiden kebakaran.
- Menurut Radio France Bleu, kebakaran berlaku pada Jumaat di sebuah bangunan dua tingkat di Romans-sur-Isere di tenggara Perancis.
- Di atas keberanian itu, ramai pengguna Twitter merasakan lelaki itu layak menerima darjah kebesaran tertinggi Perancis, Legion of Honor.
ANKARA, TURKIYE – Seorang pemuda Muslim Perancis dipuji sebagai wira kerana mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan 17 individu, termasuk seorang bayi, dalam satu insiden kebakaran.
Menurut Radio France Bleu, kebakaran berlaku pada Jumaat di sebuah bangunan dua tingkat di Romans-sur-Isere di tenggara Perancis.
Izzeddin Hamdi, yang juga pembuat roti, bergegas masuk ke dalam bangunan dan menyelamatkan 17 orang daripada kebakaran sebelum ketibaan bomba.
Dia memasuki bangunan itu melalui tingkap menggunakan tangga walaupun terdapat api dan asap.
Di atas keberanian itu, ramai pengguna Twitter merasakan lelaki itu layak menerima darjah kebesaran tertinggi Perancis, Legion of Honor.
Anggota bomba bertugas, Baptiste Devis berkata api sudah setinggi 5 hingga 6 meter ketika pasukan bomba dan penyelamat tiba di bangunan yang terbakar itu.
Sumber: Muslim News