Connect with us

Antarabangsa

Pemimpin rampasan kuasa di Niger minta delegasi Nigeria tarik balik sekatan – Niamey

Pemimpin pemberontak yang merampas kuasa di Niger, Jeneral Abdourahamane Tchiani yang bertemu delegasi pemimpin agama dari Nigeria, menggesa supaya sekatan yang dikenakan terhadap Niamey, ketua kerajaan tentera pemberontak Niger, ditarik balik, lapor Sputnik memetik Ali Lamine Zeine, pada Ahad.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pemimpin rampasan kuasa di Niger minta delegasi Nigeria tarik balik sekatan - Niamey
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pemimpin pemberontak yang merampas kuasa di Niger, Jeneral Abdourahamane Tchiani yang bertemu delegasi pemimpin agama dari Nigeria, menggesa sekatan dikenakan terhadap Niamey, ketua kerajaan tentera pemberontak Niger, ditarik balik, lapor Sputnik memetik Ali Lamine Zeine, pada Ahad.
  • “Ketua negara berkenaan mengarahkan mereka (pemimpin agama) memberi penjelasan mengenai kehendak mereka supaya sekatan yang dianggap tidak berperikemanusiaan… dan tidak boleh diterima itu ditarik balik,” kata Zeine.
  • ECOWAS memberi tempoh seminggu kepada pemimpin rampasan kuasa mengembalikan Bazoum ke jawatannya dan memulihkan keadaan, dengan memberi bayangan bahawa badan itu akan menggunakan campur tangan tentera.
  • Tempoh itu berakhir Ahad lalu dan pada Khamis, ECOWAS yang mengadakan sidang kemuncak kecemasan keduanya, mengumumkan pengaktifan pasukan siap siaga multinasionalnya untuk memulihkan keamanan di Niger.

MOSCOW: Pemimpin pemberontak yang merampas kuasa di Niger, Jeneral Abdourahamane Tchiani yang bertemu delegasi pemimpin agama dari Nigeria, menggesa supaya sekatan yang dikenakan terhadap Niamey, ketua kerajaan tentera pemberontak Niger, ditarik balik, lapor Sputnik memetik Ali Lamine Zeine, pada Ahad.

“Ketua negara berkenaan mengarahkan mereka (pemimpin agama) memberi penjelasan mengenai kehendak mereka supaya sekatan yang dianggap tidak berperikemanusiaan… dan tidak boleh diterima itu ditarik balik,” kata Zeine.

Beliau berkata, pihak berkuasa baharu di Niger terbuka kepada usaha untuk mengembalikan keamanan.

Presiden Mohamed Bazoum diguling dan ditahan oleh pengawalnya sendiri yang diketuai oleh Tchiani dalam rampasan kuasa di Niger pada 26 Julai.

Susulan itu, Majlis Kebangsaan sementara untuk Perlindungan Tanah Air menutup sempadan negara serta mengetepikan perjanjian keselamatan dengan Perancis, bekas penjajahnya.

Ekoran rampasan kuasa itu, Komuniti Ekonomi Negara-negara Afrika Barat (ECOWAS) menggantung semua bantuan kewangan kepada Niger, membekukan aset pemberontak dan mengenakan larangan penerbangan komersial masuk dan keluar dari negara itu serta menutup semua sempadan.

ECOWAS juga memberi tempoh seminggu kepada pemimpin rampasan kuasa supaya mengembalikan Bazoum ke jawatannya dan memulihkan keadaan, dengan memberi bayangan bahawa badan itu akan menggunakan campur tangan tentera.

Tempoh itu berakhir Ahad lalu dan pada Khamis, ECOWAS yang mengadakan sidang kemuncak kecemasan keduanya, mengumumkan pengaktifan pasukan siap siaga multinasionalnya untuk memulihkan keamanan di Niger.

Perancis dan Amerika Syarikat juga telah menyatakan sokongan terhadap keputusan ECOWAS itu.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *