Antarabangsa
Pemimpin parti nasionalis NTK di India gelar Kristian, Muslim ‘anak syaitan’
Pemimpin Manithaneya Makkal Katchi (MMK), M H Jawahirulllah pada Selasa mengecam pemimpin parti nasionalis Naam Tamilar Katchi (NTK), Senthamizhan Seeman kerana komennya terhadap orang Islam dan Kristian.

- Pemimpin Manithaneya Makkal Katchi (MMK), M H Jawahirulllah pada Selasa mengecam pemimpin parti nasionalis Naam Tamilar Katchi (NTK), Senthamizhan Seeman kerana komennya terhadap orang Islam dan Kristian.
- Jawahirullah dalam satu kenyataan menuntut Seeman memohon maaf kepada penganut Islam dan Kristian di India kerana menggelar mereka “sathanin pillaigal” (anak syaitan).
- “Atas nama mengadakan protes, Seeman menunjukkan kemarahan kepada orang ramai dan ia boleh dikecam. Seeman harus memohon maaf kerana memanggil orang Islam dan Kristian sebagai sathanin pillaigal,” kata Jawahirullah.
- NTK dilaporkan menganjurkan protes untuk mengutuk keganasan Manipur di Chennai pada Ahad.
Chennai – Pemimpin Manithaneya Makkal Katchi (MMK), M H Jawahirulllah pada Selasa mengecam pemimpin parti nasionalis Naam Tamilar Katchi (NTK), Senthamizhan Seeman kerana komennya terhadap orang Islam dan Kristian.
Jawahirullah dalam satu kenyataan menuntut Seeman memohon maaf kepada penganut Islam dan Kristian di India kerana menggelar mereka “sathanin pillaigal” (anak syaitan).
“Atas nama mengadakan protes, Seeman menunjukkan kemarahan kepada orang ramai dan ia boleh dikecam. Seeman harus memohon maaf kerana memanggil orang Islam dan Kristian sebagai sathanin pillaigal,” kata Jawahirullah.
NTK dilaporkan menganjurkan protes untuk mengutuk keganasan Manipur di Chennai pada Ahad.
Semasa protes, Seeman dilaporkan berkata “Kristian dan Muslim bertanggungjawab atas semua keganasan yang berlaku di negara ini” dan “dengan mengundi untuk parti Dravida Munnetra Kazhagam (DMK) dan Kongres, orang Islam dan Kristian telah menjadi anak syaitan”.
Klip video pendek kenyataan Seeman itu telah tular dan dikecam pertubuhan dan parti Islam.
“Umat Islam dan Kristian adalah sasaran orang yang bertanggungjawab atas keganasan Manipur dan mereka yang berdiam diri dalam isu ini. Bagi Seeman juga, orang Islam dan Kristian menjadi sasaran. Ini jelas menunjukkan kepada orang ramai yang dia bekerja untuk siapa,” kata Jawahirullah.
Seorang pelakon India, Raj Kiran turut mengutuk dan mengecam ucapan pemimpin NTK itu.
“Umat Islam diam bukan kerana mereka pengecut tetapi kerana mereka mengikut jalan nabi. Diam kita tidak sepatutnya disalahertikan sebagai pengecut,” kata Raj Kiran dipetik Times of India.
Sumber: Times of India
