Connect with us

Antarabangsa

Pelajar maut terjun tingkat tiga sekolah, semua sekolah swasta Uttar Pradesh ditutup

Semua sekolah swasta di Uttar Pradesh di bawah Lembaga Pusat Pendidikan Menengah, Sijil Pendidikan Menengah India dan Lembaga Negeri ditutup hari ini, demikian umum Persatuan Sekolah Swasta Tanpa Bantuan (UPSA).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pelajar maut terjun tingkat tiga sekolah, semua sekolah swasta Uttar Pradesh ditutup
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Semua sekolah swasta di Uttar Pradesh di bawah Lembaga Pusat Pendidikan Menengah, Sijil Pendidikan Menengah India dan Lembaga Negeri ditutup hari ini, demikian umum Persatuan Sekolah Swasta Tanpa Bantuan (UPSA). 
  • Pengumuman penutupan sekolah swasta itu dibuat sebagai solidariti dan sokongan kepada pengetua dan guru sekolah yang ditahan atas tuduhan membunuh seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun yang maut, didakwa melompat dari tingkat tiga bangunan sekolah di Azamgarh. 
  • Keluarga mangsa mendakwa mangsa menerima gangguan yang kerap oleh pengetua dan guru. 
  • Kes bunuh diri perlu disiasat secara menyeluruh dan tindakan segera perlu diambil jika terbukti bersalah. –  Presiden UPSA, Anil Agarwal.

UTTAR PRADESH – Semua sekolah swasta di Uttar Pradesh di bawah Lembaga Pusat Pendidikan Menengah, Sijil Pendidikan Menengah India dan Lembaga Negeri ditutup hari ini, demikian umum Persatuan Sekolah Swasta Tanpa Bantuan (UPSA). 

Bagaimanapun, tiada arahan kerajaan yang dikeluarkan bagi mewajibkan cuti sekolah ketika sekolah kerajaan dibuka seperti biasa.

Hindustan Times melaporkan ibu bapa diminta berhubung dengan sekolah masing-masing untuk maklumat terkini. 

Pengumuman penutupan sekolah swasta itu dibuat sebagai solidariti dan sokongan kepada pengetua dan guru sekolah yang ditahan atas tuduhan membunuh seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun yang maut, didakwa melompat dari tingkat tiga bangunan sekolah di Azamgarh. 

Keluarga mangsa mendakwa mangsa menerima gangguan yang kerap oleh pengetua dan guru. 

Presiden UPSA, Anil Agarwal berkata kes bunuh diri perlu disiasat secara menyeluruh dan tindakan segera perlu diambil jika terbukti bersalah. 

“Tetapi jika pelajar itu mengambil langkah salah, itu juga hal yang harus disiasat secara menyeluruh,” katanya. 

UPSA dalam kenyataan akhbarnya berkata ibu bapa mangsa tidak bersedia mendengar sebarang penjelasan dan mengancam membuat laporan maklumat pertama.

Mengulas lanjut, badan itu berkata satu sistem perlu dilaksanakan supaya guru dan semua kakitangan sekolah yang tidak bersalah dilindungi daripada dakwaan itu. 

“Masalah utama kami dalam kes ini ialah pekerja sekolah ditahan tanpa siasatan lengkap”, katanya. 

Sumber: Hindustan Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *