Connect with us

Terkini

Pelajar lelaki tukar jantina untuk masuk universiti dengan kuota merit wanita 

Seorang pelajar lelaki di Norway sanggup menukar jantina untuk mendapat tempat di Universiti Sains dan Teknologi Norway (NTNU) dengan menggunakan kuota merit wanita. 

Wartawan TMT

Published

on

Pelajar lelaki tukar jantina untuk masuk universiti dengan kuota merit wanita 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang pelajar lelaki di Norway sanggup menukar jantina untuk mendapat tempat di Universiti Sains dan Teknologi Norway (NTNU) dengan menggunakan kuota merit wanita. 
  • Menurut laman web universiti itu, NTNU mempunyai “pelan pembangunan untuk kesaksamaan dan kepelbagaian jantina” di mana ia turut menyatakan terdapat ketidakseimbangan jantina dalam banyak disiplin dan wanita masih kurang dalam jawatan akademik peringkat atasan. 
  • Universiti itu dilaporkan menerima pakai dasar unik terbabit untuk memberi merit tambahan kepada pelajar wanita. 
  • Dasar itu hanya terpakai bagi program yang mengalami ketidakseimbangan jantina sahaja. 

Seorang pelajar lelaki di Norway sanggup menukar jantina untuk mendapat tempat di Universiti Sains dan Teknologi Norway (NTNU) dengan menggunakan kuota merit wanita. 

Pelajar itu dilaporkan sebagai berkata, menukar jantina adalah semudah menukar pelan mudah alih.

Menurut laman web universiti itu, NTNU mempunyai “pelan pembangunan untuk kesaksamaan dan kepelbagaian jantina” di mana ia turut menyatakan terdapat ketidakseimbangan jantina dalam banyak disiplin dan wanita masih kurang dalam jawatan akademik peringkat atasan. 

Maka, untuk mengatasi masalah itu, universiti menerima pakai dasar unik untuk memberi merit tambahan kepada pelajar wanita berbanding pelajar lelaki. 

Bagaimanapun, dasar itu hanya terpakai pada program yang mengalami ketidakseimbangan jantina sahaja. 

Memetik laporan Finansavien, pelajar lelaki itu diterima masuk ke program Pengurusan Ekonomi dan Teknologi Industri NTNU setelah menukar jantinanya. 

“Proses penukaran jantina ini mengambil masa kira-kira tujuh minggu untuk selesai”, kata pelajar lelaki itu dipetik Reduxx. 

Dekan Fakulti Ekonomi NTNU, Monica Rolfsen berkata beliau tidak mahu memberi komen lanjut tentang perkara itu kerana perubahan jantina adalah sah di sisi undang-undang dan ia adalah urusan peribadi. 

Seramai 170 daripada 252 pelajar yang diterima di  Program Ekonomi Industri dan Pengurusan NTNU pada tahun ni, mengaku sebagai wanita. 

Kuota pelajar wanita di NTNU mencapai 40 peratus daripada populasi sekolah dan sistem merit itu akan dinilai semula pada musim luruh.

Sumber: Reduxx 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel
Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.
  • “Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.
  • Awal hari ini, Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

“Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.

Roya News melaporkan Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

“Seorang komander Hizbullah yang bertanggungjawab terhadap salah satu daripada tiga sektor di selatan Lubnan terbunuh” dalam “serangan Israel ke atas sebuah kereta di Tyre”, kata sumber kepada Agence France-Presse (AFP).

Komander terbunuh ialah Mohamed Naim Nasser, 59 tahun, ketua unit Aziz Hizbullah yang mengawal salah satu daripada tiga bahagian wilayah selatan Lubnan.

Unit itu bertanggungjawab terhadap daerah timur di sempadan Lubnan dan Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending