Terkini
Orang ramai diminta turunkan gambar mangsa nahas Elmina – SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta semua individu untuk membuat pertimbangan sewajarnya dengan menurunkan gambar mangsa tragedi dan tidak menyebar atau berkongsi lanjut kandungan nahas pesawat di Elmina, petang semalam.

- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta semua individu membuat pertimbangan sewajarnya dengan menurunkan gambar mangsa tragedi dan tidak menyebar atau berkongsi lanjut kandungan nahas pesawat di Elmina, petang semalam.
- SKMM dalam satu kenyataan mengingatkan orang ramai mengenai kepentingan menghormati dan menunjukkan empati yang tinggi.
- Katanya, berkongsi gambar mahupun rakaman video mangsa nahas berkenaan bukan sahaja boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa, malah, melanggar prinsip serta etika yang paling asas.
- “Sebarang perkongsian melibatkan gambar atau video mangsa tragedi dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta semua individu untuk membuat pertimbangan sewajarnya dengan menurunkan gambar mangsa tragedi dan tidak menyebar atau berkongsi lanjut kandungan nahas pesawat di Elmina, petang semalam.
SKMM dalam satu kenyataan mengingatkan orang ramai mengenai kepentingan menghormati dan menunjukkan empati yang tinggi.
Katanya, berkongsi gambar mahupun rakaman video mangsa nahas berkenaan bukan sahaja boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa, malah, melanggar prinsip serta etika yang paling asas.
“Adalah penting untuk semua individu untuk membuat pertimbangan sewajarnya dengan menurunkan gambar mangsa tragedi dan tidak menyebar atau berkongsi lanjut kandungan berkenaan.
“Sebarang perkongsian melibatkan gambar atau video mangsa tragedi dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Pada masa sama, SKMM menzahirkan rasa dukacita dan simpati kepada keluarga mangsa nahas pesawat berkenaan.
Sebelum ini, polis mengesahkan 10 individu maut dalam insiden pesawat ringan terhempas di Elmina, Shah Alam pada pukul 2.40 petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun antara yang dilaporkan terkorban dalam nahas tersebut.
Sumber: Utusan Malaysia
