Connect with us

Terkini

‘Menteri jangan tidur lena selagi tak selesai isu miskin tegar’ – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengingatkan setiap kepimpinan kerajaan termasuk menteri agar tidak tidur lena sekiranya kemiskinan tegar dalam negara ini tidak ditangani sepenuhnya, tahun ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

‘Menteri jangan tidur lena selagi tak selesai isu miskin tegar’ - Anwar
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Siri Jelajah Perpaduan, di Beranang, di sini semalam.
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengingatkan setiap kepimpinan kerajaan termasuk menteri agar tidak tidur lena sekiranya kemiskinan tegar dalam negara ini tidak ditangani sepenuhnya, tahun ini.
  • Perdana Menteri berkata, masih ramai rakyat negara dihimpit masalah kemiskinan tegar sehingga ada yang tidak mampu untuk membeli susu anak kecil.
  • Beliau meminta setiap menteri berusaha mencari jalan segera agar mampu menoktahkan kemiskinan pada tahun ini.
  • Anwar turut menegaskan dalam kerangka Ekonomi Madani, ia tidak akan berbaur perkauman kerana tindakan yang dilakukan kerajaan untuk semua rakyat berbilang kaum.

SEMENYIH: Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengingatkan setiap kepimpinan kerajaan termasuk menteri agar tidak tidur lena sekiranya kemiskinan tegar dalam negara ini tidak ditangani sepenuhnya, tahun ini.

Perdana Menteri berkata, masih ramai rakyat negara yang dihimpit dengan masalah kemiskinan tegar sehingga ada yang tidak mampu untuk membeli susu anak kecil.

Justeru, beliau meminta setiap menteri untuk berusaha mencari jalan segera agar mampu menoktahkan kemiskinan pada tahun ini.

“Tahun ini Kerajaan Perpaduan perlu menoktahkan kemiskinan kerana kita tahu masih ada keluarga Melayu yang tidak mampu untuk membeli susu, malah ada anak India yang masih susah untuk membeli pakaian seragam (sekolah).

“Saudara ingat saya boleh tidur lena apabila mengetahui masalah ini tidak lagi selesai. Miskin mungkin masih boleh membeli makan tetapi saya cerita ini adalah miskin tegar.

“Tahun ini, jentera kerajaan dan menteri-menteri perlu menoktahkan kemiskinan dalam negara. Jika tidak pemimpin-pemimpin pun tidak akan tidur lena,” katanya dalam Siri Jelajah Perpaduan, di Beranang, di sini malam tadi.

Anwar turut menegaskan dalam kerangka Ekonomi Madani, ia tidak akan berbaur perkauman kerana tindakan yang dilakukan kerajaan untuk semua rakyat berbilang kaum.

“Orang kata kenapa (hak) Melayu tak ada atau India tak ada tetapi saya tegaskan tindakan kita adalah untuk semua etnik berbilang bangsa.

“Disebabkan itu jugalah dalam setiap mesyuarat kerajaan pada setiap minggu kita kaji bagaimana usaha-usaha untuk terus membantu rakyat,” katanya.

Menyentuh mengenai keselamatan negara, Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan tidak akan sesekali mengabaikan keutamaan itu dan perkara itu disokong oleh semua parti dalam negara.

“Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sendiri menyokong pendirian itu dengan mengatakan, ini adalah masa untuk negara memfokuskan tahan keselamatan yang ada. Adakah orang kata Anwar masih mengikut DAP..saya hanya bersabar sahaja,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author