Connect with us

Antarabangsa

Lelaki didakwa buka sekolah agama Islam tidak berdaftar, ajar doktrin palsu

Seorang lelaki didakwa di mahkamah semalam kerana menjalankan sekolah agama Islam tidak berdaftar dan mengajar doktrin palsu selama kira-kira 16 tahun.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lelaki didakwa buka sekolah agama Islam tak berdaftar, ajar doktrin palsu
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang lelaki didakwa di mahkamah pada Selasa (1 Ogos) kerana menjalankan sekolah agama Islam tidak berdaftar dan mengajar doktrin palsu selama kira-kira 16 tahun.
  • Mohd Razif Radi, 65, dihadapkan satu pertuduhan mengajar doktrin dengan cara yang bertentangan dengan undang-undang Islam di bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam, dan satu pertuduhan melanggar Peraturan Pentadbiran Undang-Undang Islam (Sekolah Agama Islam).
  • Menurut laporan Channel News Asia, warga Singapura itu didakwa menjalankan sekolah agama tidak berdaftar di Lina’s Cafe, Singapura yang terletak di 7 Jalan Pisang di kawasan Arab Street, antara tahun 2017 dan 2020.

SINGAPURA – Seorang lelaki didakwa di mahkamah semalam kerana menjalankan sekolah agama Islam tidak berdaftar dan mengajar doktrin palsu selama kira-kira 16 tahun.

Mohd Razif Radi, 65, dihadapkan satu pertuduhan mengajar doktrin dengan cara bertentangan dengan undang-undang Islam di bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam dan satu pertuduhan melanggar Peraturan Pentadbiran Undang-Undang Islam (Sekolah Agama Islam).

Menurut laporan Channel News Asia, warga Singapura itu didakwa menjalankan sekolah agama tidak berdaftar di Lina’s Cafe, Singapura yang terletak di 7 Jalan Pisang di kawasan Arab Street, antara tahun 2017 dan 2020.

Lelaki itu juga dikatakan mengajar doktrin palsu antara 2004 dan 2020 yang membenarkan perjudian dan berkata lelaki dan perempuan boleh berkahwin secara sah melalui kesatuan rohani.

Dia juga mendakwa memegang jawatan khalifah atau pemimpin rohani serta berkata dia boleh memanggil roh “Mbah” yang kononnya “Nabi terakhir” atau dari keturunan Nabi.

Kes warga Singapura itu ditangguhkan untuk persidangan pra-perbicaraan pada September depan.

Polis dalam satu kenyataan sebelum ini berkata mereka memulakan siasatan selepas Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) membuat laporan terhadap lelaki itu pada 24 Ogos 2021.

Jika disabitkan kesalahan mengajar doktrin bertentangan dengan undang-undang Islam, dia boleh dipenjara sehingga 12 bulan, denda hingga S$2,000 (RM6775) atau kedua-duanya sekali.

Hukuman adalah sama bagi menjalankan sekolah agama Islam yang tidak didaftarkan oleh MUIS.

Sumber: Channel News Asia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *