Connect with us

Terkini

Krisis Sudan ‘peringatan’ untuk Sudan Selatan – Utusan PBB

Krisis di Sudan sepatutnya menjadi peringatan untuk Juba, kata Utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nicholas Haysom ke Sudan Selatan semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Krisis Sudan 'peringatan' untuk Sudan Selatan – Utusan PBB
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Krisis di Sudan sepatutnya menjadi peringatan untuk Juba, kata Utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nicholas Haysom ke Sudan Selatan semalam.
  • Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan meletakkan asas untuk pilihan raya yang boleh dipercayai tahun depan.
  • Sejak memenangi kemerdekaan daripada Sudan pada 2011, negara terbaharu dunia itu beralih daripada satu krisis ke krisis lain, termasuk perang saudara lima tahun yang mengorbankan hampir 400,000 nyawa sebelum perjanjian damai ditandatangani pada 2018.
  • Kerajaan perpaduan yang rapuh pimpinan Presiden, Salva Kiir dan Timbalannya, Riek Machar, sebahagian besarnya gagal menunaikan janji perjanjian damai termasuk merangka perlembagaan.
  • Kiir berikrar untuk mengadakan pemilihan presiden yang pertama di negara itu menjelang Disember 2024, tetapi Utusan PBB, Nicholas Haysom memberi peringatan pihak berkuasa perlu bertindak segera untuk memastikan ‘pilihan raya aman, inklusif dan boleh dipercayai’.

NAIROBI – Krisis di Sudan sepatutnya menjadi peringatan untuk Juba, kata Utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nicholas Haysom ke Sudan Selatan semalam.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan meletakkan asas untuk pilihan raya yang boleh dipercayai tahun depan.

Sejak memenangi kemerdekaan daripada Sudan pada 2011, negara terbaharu dunia itu beralih daripada satu krisis ke krisis lain, termasuk perang saudara lima tahun yang mengorbankan hampir 400,000 nyawa sebelum perjanjian damai ditandatangani pada 2018.

Bagaimanapun kerajaan perpaduan yang rapuh pimpinan Presiden, Salva Kiir dan Timbalannya, Riek Machar, sebahagian besarnya gagal menunaikan janji perjanjian damai termasuk merangka perlembagaan.

Kiir berikrar untuk mengadakan pemilihan presiden yang pertama di negara itu menjelang Disember 2024, tetapi Utusan PBB, Nicholas Haysom memberi peringatan pihak berkuasa perlu bertindak segera untuk memastikan ‘pilihan raya aman, inklusif dan boleh dipercayai’.

“Keadaan di Sudan menjadi peringatan kepada kita semua di Sudan Selatan. Ia memperkukuhkan keperluan untuk bergerak pantas dalam mengukuhkan asas untuk keamanan, kestabilan dan tadbir urus yang inklusif.

“Persekitaran politik dan sivik yang kondusif diperlukan untuk semua parti politik, kumpulan masyarakat sivil, media dan semua rakyat Sudan Selatan,” katanya pada sidang media.

PBB berulang kali mengkritik kepemimpinan Sudan Selatan kerana peranannya dalam mencetuskan keganasan, menyekat kebebasan politik dan merompak tabung awam.

Kerajaan sepatutnya menamatkan tempoh peralihan dengan pilihan raya pada Februari 2023, tetapi setakat ini gagal memenuhi syarat utama perjanjian damai.

Pertempuran di Sudan antara tentera dan pasukan separa tentera menambahkan lagi masalah Sudan Selatan, dengan lebih 190,000 orang melarikan diri merentasi sempadan untuk berlindung, kata Haysom.

Satu negara termiskin di dunia walaupun memiliki rizab minyak yang besar, Sudan Selatan menghabiskan hampir separuh daripada masanya sebagai sebuah negara berperang dan terus digemparkan dengan wabak keganasan etnik bermotifkan politik.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *