Connect with us

Terkini

KJ, Shahril tidak berhasrat kembali ke dunia politik dalam masa terdekat

Dua bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Sufian Hamdan tidak bercadang untuk kembali ke medan politik dalam masa terdekat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

KJ, Shahril tidak berhasrat kembali ke dunia politik dalam masa terdekat
Foto: Host Keluar Sekejap, Khairy Jamaluddin (KJ) (kiri) dan Shahril Sufian Hamdan (kanan).
  • Dua bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Sufian Hamdan tidak bercadang untuk kembali ke medan politik dalam masa terdekat.
  • “Kami membuat keputusan untuk berehat dari politik walaupun terdapat tawaran dari beberapa parti untuk kami kembali dalam rodeo politik serta merta,” kata KJ menerusi hantarannya di Instagram hari ini.
  • KJ turut menegaskan dalam hantarannya, “Shahril dan saya akan kekal ‘Keluar Sekejap’ dan tiada rancangan untuk kembali dalam politik buat masa ini,” katanya di Instagram hari ini.
  • ‘Keluar Sekejap’ merupakan siaran podcast popular yang dihoskan KJ bersama Shahril.

KUALA LUMPUR – Dua bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Sufian Hamdan tidak bercadang untuk kembali ke medan politik dalam masa terdekat.

“Kami membuat keputusan untuk berehat dari politik walaupun terdapat tawaran dari beberapa parti untuk kami kembali dalam rodeo politik serta merta.

“Shahril dan saya akan kekal ‘Keluar Sekejap’ dan tiada rancangan untuk kembali dalam politik buat masa ini,” kata KJ menerusi hantarannya di Instagram hari ini.

‘Keluar Sekejap’ merupakan siaran podcast popular yang dihoskan KJ bersama Shahril.

Dalam hantaran itu, KJ menceritakan dirinya terinspirasi dari sebuah siaran podcast dari UK untuk menyiarkan podcast politik yang mudah difahami umum, selain berkongsi pencapaian membanggakan siaran podcast `Keluar Sekejap’ pada malam tadi.

KJ yang merupakan bekas Ahli Parlimen Rembau dipecat Majlis Kerja Tertinggi UMNO, manakala Shahril Sufian Hamdan yang merupakan bekas Ketua Penerangan Umno digantung keahliannya. – The Merdeka Times

Sumber: Instagram Khairykj

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *