Antarabangsa
Kerajaan pimpinan Modi ketepikan usul undi tidak percaya
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri India, Narendra Modi menewaskan usul undi tidak percaya di Parlimen pada Khamis (10 ogos 2023) selepas ucapannya pada kemuncak perbahasan selama tiga hari, lapor CNA.
- Kerajaan pimpinan Perdana Menteri India, Narendra Modi menewaskan usul undi tidak percaya di Parlimen pada Khamis (10 ogos 2023) selepas ucapannya pada kemuncak perbahasan selama tiga hari, lapor CNA.
- Usul undi tidak percaya itu dibawa pihak pembangkang selepas menyaksikan insiden keganasan etnik di Manipur yang tidak terselesaikan kerajaan.
- Undi tidak percaya ditolak pihak kerajaan sebelum pengundian bermula sebagai gimik menjelang pilihan raya umum tahun depan.
- Parti pemerintah berhaluan kanan Hindu pimpinan Modi, Parti Bharatiya Janata (BJP) mempunyai majoriti besar dalam dewan rakyat dan dijangka memenangi penggal ketiga.
NEW DELHI – Kerajaan pimpinan Perdana Menteri India, Narendra Modi menewaskan usul undi tidak percaya di Parlimen pada Khamis (10 ogos 2023) selepas ucapannya pada kemuncak perbahasan selama tiga hari, lapor CNA.
Usul undi tidak percaya itu dibawa pihak pembangkang selepas menyaksikan insiden keganasan etnik di Manipur yang tidak terselesaikan kerajaan.
Tindakan penggubal undang-undang pembangkang yang keluar dewan ditegur Modi sebelum pihak kerajaan berjaya mengenepikan isul itu.
Pemimpin Parti Kongres, Rahul Gandhi pada Rabu berkata kerajaan Modi meletakkan India dalam bahaya.
Modi mengecam lawannya dan berkata, “mereka yang tidak percaya demokrasi sentiasa bersedia memberi komen tetapi tidak ada kesabaran untuk mendengar (kenyataan bantahan)”.
“Mereka akan berkata buruk, menyebarkan kekotoran, pembohongan dan melarikan diri,” katanya.
Undi tidak percaya ditolak pihak kerajaan sebelum pengundian bermula sebagai gimik menjelang pilihan raya umum tahun depan.
Parti pemerintah berhaluan kanan Hindu pimpinan Modi, Parti Bharatiya Janata (BJP) mempunyai majoriti besar dalam dewan rakyat dan dijangka memenangi penggal ketiga.
Modi berdepan usul undi tidak percaya selepas dikritik bertubi-tubi oleh pembangkang di atas kelewatannya untuk bercakap mengenai konflik di Manipur.
Sumber: CNA News