Terkini
Kerajaan pertahan, tambah baik institusi kehakiman syariah – Menteri Agama
Kerajaan akan sentiasa mempertahankan dan menambahbaik institusi kehakiman syariah di Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Na’im Mokhtar.

- Kerajaan akan sentiasa mempertahankan dan menambahbaik institusi kehakiman syariah di Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Na’im Mokhtar.
- Menteri agama itu berkata, dalam hal ini, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa syariah negeri di bawah kuasa mutlak DYMM Sultan dan Raja Pemerintah setiap negeri.
- Katanya, Jabatan Perdana Menteri (Hal ehwal agama) telah merangka agenda memperkasa institusi mahkamah syariah melalui Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah. Jawatankuasa di bawah Majlis Kebangsaan bagi Hal ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
- “Justeru, adalah penting untuk umat Islam di Malaysia mengetahui bahawa adalah menjadi keutamaan saya sejak dari dahulu ketika menjadi Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) untuk meletakkan kehakiman syariah ditempat yang tinggi dan terhormat, apatah lagi kini saya selaku Menteri Hal Ehwal Agama, tentulah ia terus menjadi agenda utama dalam pentadbiran saya,” kata Na’im dalam kenyataan media berkaitan Keabsahan Undang-undang Jenayah Syariah menerusi kes di Mahkamah Persekutuan (Nik Elin Zurina lawan Kerajaan Negeri Kelantan) yang disiarkan di laman Facebook beliau hari ini.
- Mengulas berkenaan kes Nik Elin Zurina yang akan menggugat struktur asas perundangan, Na’im mengambil maklum bahawa kes itu masih di peringkat prosiding di Mahkamah Persekutuan Malaysia dan sebarang komentar berkaitan kes terbabit boleh diklasifikasikan sebagai sub-judice.
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan sentiasa mempertahankan dan menambahbaik institusi kehakiman syariah di Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Na’im Mokhtar.
Menteri agama itu berkata, dalam hal ini, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa syariah negeri di bawah kuasa mutlak DYMM Sultan dan Raja Pemerintah setiap negeri.
Katanya, Jabatan Perdana Menteri (Hal ehwal agama) telah merangka agenda memperkasa institusi mahkamah syariah melalui Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah. Jawatankuasa di bawah Majlis Kebangsaan bagi Hal ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
“Justeru, adalah penting untuk umat Islam di Malaysia mengetahui bahawa adalah menjadi keutamaan saya sejak dari dahulu ketika menjadi Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) untuk meletakkan kehakiman syariah ditempat yang tinggi dan terhormat, apatah lagi kini saya selaku Menteri Hal Ehwal Agama, tentulah ia terus menjadi agenda utama dalam pentadbiran saya,” kata Na’im dalam kenyataan media berkaitan Keabsahan Undang-undang Jenayah Syariah menerusi kes di Mahkamah Persekutuan (Nik Elin Zurina lawan Kerajaan Negeri Kelantan) yang disiarkan di laman Facebook beliau hari ini.
Mengulas berkenaan kes Nik Elin Zurina yang akan menggugat struktur asas perundangan, Na’im mengambil maklum bahawa kes itu masih di peringkat prosiding di Mahkamah Persekutuan Malaysia dan sebarang komentar berkaitan kes terbabit boleh diklasifikasikan sebagai sub-judice.
Justeru itu, beliau menyeru pihak berkuasa agama Islam negeri, badan-badan berkanun berkaitan agama Islam dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kepentingan terhadap agama Islam untuk terlibat sama di dalam kes berkenaan sama ada sebagai pencelah (intervener), watching brief atau sahabat mahkamah (amicus curiae).
Bagaimanapun, katanya, Jadual kesembilan, Senarai 2, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Badan Perundangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang kesalahan jenayah Syariah bagi kesalahan-kesalahan yang berhubung dengan pelanggaran rukun-rukun Islam.
“Peruntukan tersebut juga telah diperkenan oleh Sultan dan Raja Pemerintah di setiap negeri sebelum dikuatkuasakan,” kata Na’im menegaskan pihaknya sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama negeri bagi memastikan undang-undang Syariah digubal badan perundangan Negeri, dilaksanakan dengan sebaiknya.
The Merdeka Times pada 2 Ogos lalu memetik kenyataan peguam, Lukman Sheriff Alias di FB bahawa Mahkamah Persekutuan akan mendengar cabaran terhadap undang-undang jenayah syariah Kelantan yang bakal meruntuhkan undang-undang jenayah syariah negeri lain dalam masa sebulan dua ini. – The Merdeka Times
Sumber: Facebook
