Connect with us

Terkini

‘Kerajaan Madani makin gila’ – Siti Kasim

Peguam dan aktivis kontroversi, Siti Kasim menyifatkan kerajaan MADANI sebagai ‘semakin gila’ susulan mewartakan Perintah Larangan terhadap sebarang penerbitan jam Swatch terkait LGBTQ.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

‘Kerajaan Madani makin gila’ – Siti Kasim
Foto: Peguam dan aktivis kontroversi, Siti Kasim.
  • Peguam dan aktivis kontroversi, Siti Kasim menyifatkan kerajaan MADANI sebagai ‘semakin gila’ susulan mewartakan Perintah Larangan terhadap sebarang penerbitan jam Swatch terkait LGBTQ.
  • Menerusi ciapan di platform X pada Khamis, Siti Kasim juga berkata kerajaan gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) itu juga lebih teruk daripada mana-mana kerajaan sebelum ini. 
  • Kerajaan Madani makin gila…. worse than any other government before this. More vicious (lebih teruk daripada mana-mana kerajaan sebelum ini. Lebih ganas),” katanya merujuk kepada laporan berita bertajuk, ‘3 Years’ Jail for Those Caught Wearing LGBTQ Swatch Watches in Malaysia’ yang turut dimuat naik menerusi ciapan itu.
  • Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan Perintah Larangan itu dikeluarkan melalui  Warta Kerajaan P.U.(A) 236 bertarikh 10 Ogos 2023.
  • Hasil penerbitan itu didapati mempromosikan, menyokong dan menormalisasikan gerakan LGBTQ+ yang tidak diterima masyarakat umum di Malaysia. 

KUALA LUMPUR — Peguam dan aktivis kontroversi, Siti Kasim menyifatkan kerajaan MADANI sebagai ‘semakin gila’ susulan mewartakan Perintah Larangan terhadap sebarang penerbitan jam Swatch terkait LGBTQ.

Menerusi ciapan di platform X pada Khamis, Siti Kasim juga berkata kerajaan gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) itu juga lebih teruk daripada mana-mana kerajaan sebelum ini. 

Kerajaan Madani makin gila…. worse than any other government before this. More vicious (lebih teruk daripada mana-mana kerajaan sebelum ini. Lebih ganas),” katanya merujuk kepada laporan berita bertajuk, ‘3 Years’ Jail for Those Caught Wearing LGBTQ Swatch Watches in Malaysia’ yang turut dimuat naik menerusi ciapan itu.

Foto: Perintah Larangan terhadap sebarang penerbitan jam Swatch terkait LGBTQ+ di Facebook Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan Perintah Larangan itu dikeluarkan melalui  Warta Kerajaan P.U.(A) 236 bertarikh 10 Ogos 2023.

Ini berikutan, hasil penerbitan itu didapati mempromosikan, menyokong dan menormalisasikan gerakan LGBTQ+ yang tidak diterima masyarakat umum di Malaysia. 

Pada 13 dan 14 Mei lalu, KDN dilaporkan menyerbu 11 kedai Swatch di pusat beli-belah seperti Pavilion KL, 1 Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Suria Sabah berhubung ‘Koleksi Pride’ jenama itu.

Lima kedai di pusat beli-belah di Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Johor Bahru dan Kuching diberikan amaran. — The Merdeka Times

Sumber : Twitter/ X Siti Kasim

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *