Connect with us

Terkini

KEPCI Music Fest: Tidak faham ‘hiburan’ dalam Islam punca kontroversi – Mufti Sabah

Tidak faham konsep hiburan dalam Islam punca berlakunya kontroversi di KEPCI Music Fest yang menyaksikan pelajar tahfiz turut dijemput ke acara hiburan itu di Stadium Melawati Shah Alam pada 26 Ogos lalu, kata Mufti Sabah, Datuk Bungsu @Aziz Jaafar.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
saidanisa10

Published

on

KEPCI Music Fest: Tidak faham ‘hiburan’ dalam Islam punca kontroversi – Mufti Sabah
Foto: Mufti Sabah, Datuk Bungsu @Aziz Jaafar.
  • Tidak faham konsep hiburan dalam Islam punca berlakunya kontroversi di KEPCI Music Fest yang menyaksikan pelajar tahfiz turut dijemput ke acara hiburan itu di Stadium Melawati Shah Alam pada 26 Ogos lalu, kata Mufti Sabah, Datuk Bungsu @Aziz Jaafar.
  • Mufti Sabah itu juga turut menyifatkan konsert terbabit sebagai tidak patuh syariah dan garis panduan hiburan yang sepatutnya boleh merujuk kepada garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 
  • “Adapun pelajar tahfiz dua kali malang, pertama dia hadir di situ , keduanya majlis tu majlis yang macam tadilah. Bukan KFC yang jemput, dia kalau berdasarkan kenyataan tukang jemput ni, semacam dia tidak memahami, salah faham. 
  • “Walaupun tujuannya bagus untuk taja anak-anak tahfiz yang katanya mungkin sukar untuk hadir konsert itu sebab berbayar. Maka mereka taja, supaya mereka hadir. Mereka (pihak yang menjemput pelajar tahfiz) ini tidak faham lah kot konsep hiburan dalam Islam, the do and the don’ts, sebab dia non-Muslim. Jadi di situ ada salah faham,” katanya ketika ditemubual The Merdeka Times melalui zoom di sini hari ini. 
  • Mengulas isu sama, Presiden Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA AL-QURAN), Manolito Mohd Dahlan turut memberi nasihat kepada mudir dan pengetua Maahad Tahfiz supaya mendapatkan maklumat terperinci setiap jemputan agar tiada unsur maksiat, pengabaian solat yang membawa kepada hakisan maruah sebagai penghafal al-Quran. 

KUALA LUMPUR – Tidak faham konsep hiburan dalam Islam punca berlakunya kontroversi di KEPCI Music Fest yang menyaksikan pelajar tahfiz turut dijemput ke acara hiburan itu di Stadium Melawati Shah Alam pada 26 Ogos lalu, kata Mufti Sabah, Datuk Bungsu @Aziz Jaafar.

Mufti Sabah itu juga turut menyifatkan konsert terbabit sebagai tidak patuh syariah dan garis panduan hiburan yang sepatutnya boleh merujuk kepada garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Katanya, acara hiburan itu juga sepatutnya diharmonikan supaya ia lebih mematuhi tuntutan syariah. 

“Bukan bermakna kita anti hiburan. Mana hiburan yang sesuai yang mesra syariah boleh kita buat, tidak ada masalah, tapi yang ini terlajak (saya fikirlah). Saya tengok sikit sahaja, saya tengok ada beberapa kumpulan nyanyian lelaki dan perempuan, menari, terkinja-kinja dengan muzik yang begitu. Jadi tidak sesuai, tidak mesra syariah. 

“Adapun pelajar tahfiz dua kali malang, pertama dia hadir di situ , keduanya majlis tu majlis yang macam tadilah. Bukan KFC yang jemput, dia kalau berdasarkan kenyataan tukang jemput ni, semacam dia tidak memahami, salah faham. 

“Walaupun tujuannya bagus untuk taja anak-anak tahfiz yang katanya mungkin sukar untuk hadir konsert itu sebab berbayar. Maka mereka taja, supaya mereka hadir.

“Mereka (pihak yang menjemput pelajar tahfiz) ini tidak faham lah kot konsep hiburan dalam Islam, the do and the don’ts, sebab dia non-Muslim. Jadi di situ ada salah faham,” katanya ketika ditemubual The Merdeka Times melalui zoom di sini hari ini. 

Mufti Sabah itu berkata demikian ketika mengulas isu video tular  persembahan COEX yang disaksikan pelajar tahfiz di KEPCI Music Fest di Stadium Melawati Shah Alam, minggu lalu.

Video dari akaun TikTok @dinnnnn5X itu memaparkan sekumpulan pelajar tahfiz dari TTDI Jaya dan pertubuhan anak yatim yang duduk di kerusi stadium dan sedang menonton persembahan COEX yang amat menonjol. 

Susulan insiden itu, pelbagai reaksi dan kecaman ramai pihak dilontarkan kepada pihak terbabit yang menjemput pelajar-pelajar tahfiz berkenaan kerana dianggap tidak peka dan sensitif. 

KEPCI Music Fest pada Sabtu lepas disajikan dengan persembahan penyanyi solo dan kumpulan seperti Dato Sri Siti Nurhaliza, Carian Amy, MK (K-Clique), Insomniak dan COEX. 

Mengulas isu sama, Presiden Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA AL-QURAN), Manolito Mohd Dahlan turut memberi nasihat kepada mudir dan pengetua Maahad Tahfiz supaya mendapatkan maklumat terperinci setiap jemputan agar tiada unsur maksiat, pengabaian solat yang membawa kepada hakisan maruah sebagai penghafal al-Quran. –The Merdeka Times

Authors

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *