Connect with us

Terkini

KDN warta larangan koleksi LGBTQ+ jam Swatch

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap penerbitan dengan perihalan “Apa-apa penerbitan berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender, Queer, and + Plus (LGBTQ+) dalam apa-apa bentuk yang terdapat pada jam Swatch dalam apa-apa koleksi termasuk kotak, pembalut, aksesori atau apa-apa benda lain yang berkaitan”.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

KDN warta larangan koleksi LGBTQ+ jam Swatch
Foto: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap koleksi LGBTQ+ jam Swatch.
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap penerbitan dengan perihalan “Apa-apa penerbitan berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender, Queer, and + Plus (LGBTQ+) dalam apa-apa bentuk yang terdapat pada jam Swatch dalam apa-apa koleksi termasuk kotak, pembalut, aksesori atau apa-apa benda lain yang berkaitan”.
  • KDN dalam kenyataan hari ini berkata Perintah Larangan itu dikeluarkan melalui  Warta Kerajaan P.U.(A) 236 bertarikh 10 Ogos 2023.
  • Perintah larangan itu dikenakan kerana hasil penerbitan terbabit memudaratkan atau mungkin memudaratkan kemoralan, kepentingan awam dan negara.
  • Ini kerana ia mempromosikan, menyokong dan menormalisasikan gerakan LGBTQ+ yang tidak diterima masyarakat umum di Malaysia, kata kenyataan kementerian itu.

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap penerbitan dengan perihalan “Apa-apa penerbitan berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender, Queer, and + Plus (LGBTQ+) dalam apa-apa bentuk yang terdapat pada jam Swatch dalam apa-apa koleksi termasuk kotak, pembalut, aksesori atau apa-apa benda lain yang berkaitan”.

KDN dalam kenyataan hari ini berkata Perintah Larangan itu dikeluarkan melalui  Warta Kerajaan P.U.(A) 236 bertarikh 10 Ogos 2023.

KDN berkata perintah larangan itu dikenakan kerana hasil penerbitan terbabit memudaratkan atau mungkin memudaratkan kemoralan, kepentingan awam dan negara.

Katanya, ini kerana ia mempromosikan, menyokong dan menormalisasikan gerakan LGBTQ+ yang tidak diterima masyarakat umum di Malaysia.

“Pewartaan Perintah Larangan ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 yang menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan tersebut adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.

“Kerajaan Malaysia komited mencegah penyebaran unsur-unsur yang memudaratkan atau berisiko memudaratkan moral, kepentingan awam, dan negara dalam kalangan masyarakat,” kata kementerian itu.

KDN turut mengingatkan adalah menjadi satu kesalahan sekiranya mana-mana individu mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya hasil penerbitan larangan.

Individu yang disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya seperti ditetapkan di bawah Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012. 

Pada 13 dan 14 Mei lalu, KDN dilaporkan menyerbu 11 kedai Swatch di pusat beli-belah seperti Pavilion KL, 1 Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Suria Sabah berhubung ‘Koleksi Pride’ jenama itu.

Lima kedai di pusat beli-belah di Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Johor Bahru dan Kuching diberikan amaran. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *