Terkini
JAIS bantu urus jenazah mangsa pesawat terhempas
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menguruskan jenazah yang terkorban dalam nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, semalam.

- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menguruskan jenazah yang terkorban dalam nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, semalam.
- Perkara itu dimaklumkan wakil pihak berkuasa terbabit kepada waris yang sedang menunggu proses bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, hari ini.
- Jenazah mangsa akan dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan itu sekiranya waris bersetuju.
- Namun, waris mangsa diberi hak untuk menguruskan jenazah dan mengebumikan mereka di kampung halaman masing-masing.
- Terdahulu, identiti kesemua mangsa dikenal pasti adalah dua kru pesawat iaitu juruterbang adalah Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim.
Klang: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menguruskan jenazah yang terkorban dalam nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, semalam.
Perkara itu dimaklumkan wakil pihak berkuasa terbabit kepada waris yang sedang menunggu proses bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, hari ini.
Menurut jurucakap itu, JAIS bersedia membantu proses pengebumian mangsa di tanah perkuburan di Seksyen 21, Shah Alam.
Jenazah mangsa akan dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan itu sekiranya waris bersetuju.
Namun, waris mangsa diberi hak untuk menguruskan jenazah dan mengebumikan mereka di kampung halaman masing-masing.
Terdahulu, identiti kesemua mangsa dikenal pasti adalah dua kru pesawat iaitu juruterbang adalah Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim.
Enam penumpang pula adalah Kharil Azwan Jamaludin; Shaharul Amir Omar; Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi; Datuk Seri Johari Harun; Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali.
Turut terkorban ada seorang penunggang motosikal dan seorang pemandu kereta.
Sumber: Harian Metro
