Connect with us

Antarabangsa

Iraq haramkan media guna istilah ‘homoseksualiti’

Pegawai selia media rasmi Iraq pada Selasa mengarahkan semua media dan syarikat media sosial beroperasi di negara Arab itu supaya tidak menggunakan istilah “homoseksualiti” dan menggantikannya dengan istilah “penyelewengan seksual”, demikian menurut jurucakap kerajaan dan dokumen pengawal selia berkenaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Iraq haramkan media guna istilah ‘homoseksualiti’
Foto: Gambar bendera pelangi dibakar sebagai protes menentang pembakaran al-Quran di Sweden dan Denmark.
  • Pegawai selia media rasmi Iraq pada Selasa mengarahkan semua media dan syarikat media sosial beroperasi di negara Arab itu supaya tidak menggunakan istilah “homoseksualiti” dan menggantikannya dengan istilah “penyelewengan seksual”, demikian menurut jurucakap kerajaan dan dokumen pengawal selia berkenaan. 
  • Dokumen Suruhanjaya Komunikasi dan Media Iraq (CMC) juga mengatakan penggunaan istilah “jantina” juga diharamkan.
  • Larangan itu juga dikenakan terhadap semua syarikat telefon dan  internet yang dilesenkan suruhanjaya berkenaan daripada menggunakan istilah itu di aplikasi mudah alih.
  • Dua bulan lalu, parti-parti utama di Iraq meningkatkan kecaman terhadap hak LQBTQ dengan membakar bendera pelangi sebagai protes menentang pembakaran al-Quran di Sweden dan Denmark baru-baru ini.

Pegawai selia media rasmi Iraq pada Selasa mengarahkan semua media dan syarikat media sosial beroperasi di negara Arab itu supaya tidak menggunakan istilah “homoseksualiti” dan menggantikannya dengan istilah “penyelewengan seksual”, demikian menurut jurucakap kerajaan dan dokumen pengawal selia berkenaan. 

Dokumen Suruhanjaya Komunikasi dan Media Iraq (CMC) juga mengatakan penggunaan istilah “jantina” juga diharamkan. 

Larangan itu juga dikenakan terhadap semua syarikat telefon dan  internet yang dilesenkan suruhanjaya berkenaan daripada menggunakan istilah itu di aplikasi mudah alih. 

“Keputusan ini masih memerlukan kelulusan akhir,” kata seorang pegawai kerajaan dipetik Reuters. 

Seorang jurucakap kerajaan berkata penalti masih belum ditetapkan tetapi ia boleh dikenakan denda. 

Iraq tidak menjenayahkan seks gay, tetapi klausa moral yang ditakrifkan secara longgar dalam Kanun Keseksaannya menyasarkan komuniti LGBTQ. 

Dua bulan lalu, parti-parti utama di Iraq meningkatkan kecaman terhadap hak LQBTQ dengan membakar bendera pelangi sebagai protes menentang pembakaran al-Quran di Sweden dan Denmark baru-baru ini. 

Menurut Our World in Data, lebih 60 negara menjenayahkan homoseks, manakala lebih 130 negara membenarkan perbuatan seks sejenis. 

Sumber: NBC News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *