Terkini
India kuatkuasa perintah berkurung, tentera dikerahkan ke utara Haryana
Pihak berkuasa India mengenakan perintah berkurung, menggantung perkhidmatan internet dan mengerahkan ribuan tentera ke utara Haryana selepas insiden pertempuran maut komunal merebak ke Gurugram, sebuah bandar di luar pinggir New Delhi.

- Pihak berkuasa India mengenakan perintah berkurung, menggantung perkhidmatan internet dan mengerahkan ribuan tentera ke utara Haryana selepas insiden pertempuran maut komunal merebak ke Gurugram, sebuah bandar di luar pinggir New Delhi.
- Insiden keganasan di antara penganut Hindu dan Islam di daerah Nuh, Haryana itu dilaporkan bermula pada petang Isnin lalu semasa perarakan keagamaan kumpulan nasionalis Hindu.
- Sekurang-kurangnya empat individu dan dua pegawai polis terbunuh dalam pertempuran itu.
- Susulan ketegangan itu, pihak berkuasa mengarahkan sekolah dan kolej ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.
Pihak berkuasa India mengenakan perintah berkurung, menggantung perkhidmatan internet dan mengerahkan ribuan tentera ke utara Haryana selepas insiden pertempuran maut komunal merebak ke Gurugram, sebuah bandar di luar pinggir New Delhi.
Agensi Berita Press Trust of India melaporkan insiden keganasan di antara penganut Hindu dan Islam di daerah Nuh, Haryana itu bermula petang Isnin lalu semasa perarakan keagamaan kumpulan nasionalis Hindu.
Sekurang-kurangnya empat individu dan dua pegawai polis terbunuh dalam pertempuran itu.
Lebih 20 pegawai polis cedera dalam keganasan dan berpuluh-puluh kereta dibakar, kata satu kenyataan polis.
Ketegangan kemudiannya merebak ke Gurugram, sebuah bandar terletak kira-kira 19 batu dari New Delhi.
Susulan ketegangan itu, pihak berkuasa mengarahkan sekolah dan kolej ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.
Ketua Menteri Haryana, Manohar Lal Khattar dalam ciapan di platform X, mengutuk keganasan di Nuh.
Mereka yang bersalah tidak akan terlepas. Tindakan tegas akan dikenakan ke atas mereka,” katanya.
Menteri Dalam Negeri, Anil Vij mendakwa insiden keganasan itu “dirancang” dan berkata polis akan menyiasat pertempuran terbabit.
Sumber: Fox News
