Connect with us

Antarabangsa

Ideologi LGBTQ di sekolah: Ibu bapa tuntut kawalan pendidikan anak-anak mereka 

Sebuah perhimpunan dianjurkan kumpulan Leave Our Kids Alone (usah ganggu anak-anak kami) yang menuntut supaya ibu bapa diberi kawalan ke atas apa yang diajarkan kepada anak mereka berkaitan topik LGBTQ di sekolah.

Wartawan TMT

Published

on

Ideologi LGBTQ di sekolah Ibu bapa tuntut kawalan pendidikan anak-anak mereka-01
Foto: Demonstrasi bantahan yang disertai beberapa gabungan komuniti keluarga itu berarak dari Dewan Bandaraya Los Angeles hingga ke ibu pejabat Daerah Sekolah Bersepadu Los Angeles.
  • Sebuah perhimpunan dianjurkan kumpulan Leave Our Kids Alone (usah ganggu anak-anak kami) yang menuntut supaya ibu bapa diberi kawalan ke atas apa yang diajarkan kepada anak mereka berkaitan topik LGBTQ di sekolah.
  • Perhimpunan di pusat bandar Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa lalu itu adalah berkaitan isu hangat bagaimana jantina dan identiti seksual sepatutnya diperkenalkan di sekolah.
  • “Saya berhak di bawah Pindaan Pertama untuk menjadi seorang Kristian dan mengajar anak-anak saya tentang Tuhan serta apa yang betul dan apa yang salah,” kata ahli kumpulan Antelope Valley Parents for Education, Jessica Enos dipetik LA Daily News. 
  • Demonstrasi bantahan yang disertai beberapa gabungan komuniti keluarga itu berarak dari Dewan Bandaraya Los Angeles hingga ke ibu pejabat Daerah Sekolah Bersepadu Los Angeles.
  • Perarakan itu disertai beberapa organisasi daerah, termasuk Saticoy Elementary Parents , We the Parents TVUSD dan Glendale Parents United yang masing-masing membantah isu sama yang turut dibangkitkan sekolah mereka.

Sebuah perhimpunan dianjurkan kumpulan Leave Our Kids Alone (usah ganggu anak-anak kami) yang menuntut supaya ibu bapa diberi kawalan ke atas apa yang diajarkan kepada anak mereka berkaitan topik LGBTQ di sekolah.

Perhimpunan di pusat bandar Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa lalu itu adalah berkaitan isu hangat bagaimana jantina dan identiti seksual sepatutnya diperkenalkan di sekolah.

“Saya berhak di bawah Pindaan Pertama (Perlembagaan) untuk menjadi seorang Kristian dan mengajar anak-anak saya tentang Tuhan serta apa yang betul dan apa yang salah,” kata ahli kumpulan Antelope Valley Parents for Education, Jessica Enos dipetik LA Daily News.  

John, bapa kepada dua pelajar Sekolah Rendah Saticoy, yang tidak mahu nama penuhnya disebut, antara ibu bapa membantah pembacaan buku di Saticoy yang menyebut berkenaan ibu bapa seks sejenis.

“Mengajar topik (ideologi jantina) di tadika adalah salah, apabila mereka berada di tadika dan perkara seperti itu disampaikan, mereka akan menggarap idea itu dalam fikiran mereka.

“Apabila mereka dewasa mereka boleh membuat keputusan, tetapi sekarang mereka tidak boleh memutuskan apa-apa,” katanya.

Demonstrasi bantahan yang disertai beberapa gabungan komuniti keluarga itu berarak dari Dewan Bandaraya Los Angeles hingga ke ibu pejabat Daerah Sekolah Bersepadu Los Angeles.

Perarakan itu disertai beberapa organisasi daerah, termasuk Saticoy Elementary Parents , We the Parents TVUSD dan Glendale Parents United yang masing-masing membantah isu sama yang turut dibangkitkan sekolah mereka.

Sumber: Los Angeles Daily News

Author

Antarabangsa

Yahya Sinwar ‘keluar’ lawat kawasan, keluarga tebusan Israel selar kegagalan rejim

Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar.
  • Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.
  • Perkara itu terjadi setelah perang dahsyat ke atas wilayah terkepung itu dicetuskan dengan dakwaan bertujuan untuk membawa keluarga mereka pulang.
  • MEMO melaporkan perkara itu berlaku ketika tersebarnya berita bahawa Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar datang melawat “kawasan yang menyaksikan pertempuran senjata antara kumpulan penentangan dan tentera pendudukan Israel, di mana dia dilaporkan bertemu dengan beberapa pejuang pergerakan di darat”.
  • Keluarga itu berkata Sinwar berada di jalanan, manakala “tebusan merana di ruangan bawah tanah,” menggambarkan situasi itu sebagai “imej kegagalan Israel”.
  • “Berita tentang keluarnya Al-Sinwar ke jalan-jalan di Gaza disahkan dan didedahkan sumber risikan yang boleh dipercayai bahawa dia muncul dari terowong, di mana mereka yang diculik ditempatkan,” kata keluarga itu sambil menambah bahawa jika orang yang diculik bukan keutamaan kerajaan, “tidak akan ada penebusan, dan tidak akan ada kemenangan”.

Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.

Perkara itu terjadi setelah perang dahsyat ke atas wilayah terkepung itu dicetuskan dengan dakwaan bertujuan untuk membawa keluarga mereka pulang.

MEMO melaporkan perkara itu berlaku ketika tersebarnya berita bahawa Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar datang melawat “kawasan yang menyaksikan pertempuran senjata antara kumpulan penentangan dan tentera pendudukan Israel, di mana dia dilaporkan bertemu dengan beberapa pejuang pergerakan di darat”.

Keluarga itu berkata Sinwar berada di jalanan, manakala “tebusan merana di ruangan bawah tanah,” menggambarkan situasi itu sebagai “imej kegagalan Israel”.

“Berita tentang keluarnya Al-Sinwar ke jalan-jalan di Gaza disahkan dan didedahkan sumber risikan yang boleh dipercayai bahawa dia muncul dari terowong, di mana mereka yang diculik ditempatkan,” kata keluarga itu sambil menambah bahawa jika orang yang diculik bukan keutamaan kerajaan, “tidak akan ada penebusan, dan tidak akan ada kemenangan”.

Ribuan penunjuk perasaan Israel turun ke jalanan pada Sabtu menuntut pilihan raya baharu dan menggesa kerajaan mengambil langkah selanjutnya untuk mengembalikan 133 tawanan perang yang ditahan di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending