Antarabangsa
Ideologi LGBTQ di sekolah: Ibu bapa tuntut kawalan pendidikan anak-anak mereka
Sebuah perhimpunan dianjurkan kumpulan Leave Our Kids Alone (usah ganggu anak-anak kami) yang menuntut supaya ibu bapa diberi kawalan ke atas apa yang diajarkan kepada anak mereka berkaitan topik LGBTQ di sekolah.

- Sebuah perhimpunan dianjurkan kumpulan Leave Our Kids Alone (usah ganggu anak-anak kami) yang menuntut supaya ibu bapa diberi kawalan ke atas apa yang diajarkan kepada anak mereka berkaitan topik LGBTQ di sekolah.
- Perhimpunan di pusat bandar Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa lalu itu adalah berkaitan isu hangat bagaimana jantina dan identiti seksual sepatutnya diperkenalkan di sekolah.
- “Saya berhak di bawah Pindaan Pertama untuk menjadi seorang Kristian dan mengajar anak-anak saya tentang Tuhan serta apa yang betul dan apa yang salah,” kata ahli kumpulan Antelope Valley Parents for Education, Jessica Enos dipetik LA Daily News.
- Demonstrasi bantahan yang disertai beberapa gabungan komuniti keluarga itu berarak dari Dewan Bandaraya Los Angeles hingga ke ibu pejabat Daerah Sekolah Bersepadu Los Angeles.
- Perarakan itu disertai beberapa organisasi daerah, termasuk Saticoy Elementary Parents , We the Parents TVUSD dan Glendale Parents United yang masing-masing membantah isu sama yang turut dibangkitkan sekolah mereka.
Sebuah perhimpunan dianjurkan kumpulan Leave Our Kids Alone (usah ganggu anak-anak kami) yang menuntut supaya ibu bapa diberi kawalan ke atas apa yang diajarkan kepada anak mereka berkaitan topik LGBTQ di sekolah.
Perhimpunan di pusat bandar Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa lalu itu adalah berkaitan isu hangat bagaimana jantina dan identiti seksual sepatutnya diperkenalkan di sekolah.
“Saya berhak di bawah Pindaan Pertama (Perlembagaan) untuk menjadi seorang Kristian dan mengajar anak-anak saya tentang Tuhan serta apa yang betul dan apa yang salah,” kata ahli kumpulan Antelope Valley Parents for Education, Jessica Enos dipetik LA Daily News.
John, bapa kepada dua pelajar Sekolah Rendah Saticoy, yang tidak mahu nama penuhnya disebut, antara ibu bapa membantah pembacaan buku di Saticoy yang menyebut berkenaan ibu bapa seks sejenis.
“Mengajar topik (ideologi jantina) di tadika adalah salah, apabila mereka berada di tadika dan perkara seperti itu disampaikan, mereka akan menggarap idea itu dalam fikiran mereka.
“Apabila mereka dewasa mereka boleh membuat keputusan, tetapi sekarang mereka tidak boleh memutuskan apa-apa,” katanya.
Demonstrasi bantahan yang disertai beberapa gabungan komuniti keluarga itu berarak dari Dewan Bandaraya Los Angeles hingga ke ibu pejabat Daerah Sekolah Bersepadu Los Angeles.
Perarakan itu disertai beberapa organisasi daerah, termasuk Saticoy Elementary Parents , We the Parents TVUSD dan Glendale Parents United yang masing-masing membantah isu sama yang turut dibangkitkan sekolah mereka.
Sumber: Los Angeles Daily News
