Terkini
Haram sebar video atau gambar mangsa rentung – Dr Zulkifli Al Bakri
Semalam, Malaysia digemparkan oleh satu tragedi pesawat ringan terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor.
- Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi platform X berkata, tindakan menyebarkan sebarang bentuk visual berkenaan dengan mangsa tragedi hukumnya haram.
- “Haram sebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut. Itu akan melukakan hati keluarganya, juga melibatkan maruahnya,” tulis Zulkifli.
- Semalam, Malaysia digemparkan oleh satu tragedi pesawat ringan terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor.
- Menerusi tragedi menyayat hati itu, 10 terkorban, termasuk enam penumpang pesawat, dua kru dan dua orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.
Semalam, Malaysia digemparkan oleh satu tragedi pesawat ringan terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor.
Menerusi tragedi menyayat hati itu, 10 terkorban, termasuk enam penumpang pesawat, dua kru dan dua orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.
Justeru, tidak hairanlah jika banyak perkongsian dibuat oleh netizen di media sosial, seiring dengan perkembangan tragedi.
Namun, ada satu hal yang tidak enak apabila ada dalam kalangan pengguna internet turut berkongsi video dan gambar-gambar mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan, termasuk mayat yang telah rentung terbakar.
Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi platform X berkata, tindakan menyebarkan sebarang bentuk visual berkenaan dengan mangsa tragedi hukumnya haram.
“Haram sebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut. Itu akan melukakan hati keluarganya, juga melibatkan maruahnya,” tulis Zulkifli.
Dalam masa yang sama beliau turut berkongsi sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud: “Hak setiap Muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya”. Riwayat Muslim (2564).
Sumber: Astro Awani