Terkini
(VIDEO) Hanya pendidikan mampu meredakan konflik Hindu-Muslim di India – Aktivis Muslim
Konflik antara penganut Hindu dan Muslim yang didalangi parti pemerintah, Parti Bharatiya Janata (BJP) dan sekutunya di negara terbesar di dunia itu hanya dapat dihentikan dengan pendidikan, kata seorang aktivis Muslim dari India.
- Konflik antara penganut Hindu dan Muslim yang didalangi parti pemerintah, Parti Bharatiya Janata (BJP) dan sekutunya di negara terbesar di dunia itu hanya dapat dihentikan dengan pendidikan, kata seorang aktivis Muslim dari India.
- Hanya dengan pendidikan golongan terpelajar daripada kedua-dua pihak akan dapat duduk semeja dan mencari titik perdamaian daripada membiarkan kelompok masing-masing dibakar sentimen agama dan kaum yang memecahbelahkan.
- Aktivis kemanusiaan dari India, Bro Muhammad (bukan nama sebenar) berkata, hanya mereka yang tidak berpendidikan, majoritinya membuta tuli mengikut sentimen ketaksuban golongan berhaluan kanan untuk bermusuhan.
- “(Golongan) bukan Muslim berpendidikan, pendidikan adalah perkara asas yang diperlukan manusia, kalau kamu berpendidikan, kamu akan tahu bahawa kita semua sama, kita setara, cuma agama kita berbeza, jika tidak, kita semua manusia (sama sahaja).
- “Ada dari mereka yang memberikan sokongan, yang bersama kami, dan hendak membantu, tetapi hanya kerana majoriti dari mereka mengikut rentak yang sama, bersama kerajaan, (bersama) Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) dan BJP, itu punca (utama) kebencian merebak di seluruh negara,” katanya kepada The Merdeka Times dalam temubual khas di sebuah hotel di ibu negara semalam.
- Beliau menegaskan semua tuduhan ke atas Muslim seperti kezaliman ke atas lembu, madrasah sebagai sarang keganasan dan love jihad adalah rekaan yang bertujuan memberikan justifikasi keganasan dan pembantaian ke atas umat Islam di India.
KUALA LUMPUR – Konflik antara penganut Hindu dan Muslim yang didalangi parti pemerintah, Parti Bharatiya Janata (BJP) dan sekutunya di negara terbesar di dunia itu hanya dapat dihentikan dengan pendidikan, kata seorang aktivis Muslim dari India.
Hanya dengan pendidikan golongan terpelajar daripada kedua-dua pihak akan dapat duduk semeja dan mencari titik perdamaian daripada membiarkan kelompok masing-masing dibakar sentimen agama dan kaum yang memecahbelahkan.
Aktivis kemanusiaan dari India, Bro Muhammad (bukan nama sebenar) berkata, hanya mereka yang tidak berpendidikan, majoritinya membuta tuli mengikut sentimen ketaksuban golongan berhaluan kanan untuk bermusuhan.
Katanya, masih ada golongan Hindu yang sanggup membantu dan bekerjasama dengan penganut Islam di India dengan kebanyakannya datang daripada kalangan mereka yang berpendidikan.
“(Golongan) bukan Muslim berpendidikan, pendidikan adalah perkara asas yang diperlukan manusia, kalau kamu berpendidikan, kamu akan tahu bahawa kita semua sama, kita setara, cuma agama kita berbeza, jika tidak, kita semua manusia (sama sahaja).
“Ada dari mereka yang memberikan sokongan, yang bersama kami, dan hendak membantu, tetapi hanya kerana majoriti dari mereka mengikut rentak yang sama, bersama kerajaan, (bersama) Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) dan BJP, itu punca (utama) kebencian merebak di seluruh negara,” katanya kepada The Merdeka Times dalam temubual khas di sebuah hotel di ibu negara semalam.
Bro Muhammad, yang enggan dikenali atas faktor keselamatan, diminta berkongsi pandangannya mengenai isu penindasan umat Islam dan kelompok pelampau Hindutva di India.
Muhammad dengan tegasnya turut menolak adanya agenda yang dikaitkan dengan Islam seperti ‘love jihad’ atau apa sahaja tuduhan kelakuan didakwa dilakukan Muslim untuk mencetuskan kemarahan penganut lain.
Beliau menegaskan semua tuduhan ke atas Muslim seperti kezaliman ke atas lembu, madrasah sebagai sarang keganasan dan love jihad adalah perkara yang tidak tepat.
Katanya, kesemua tuduhan itu adalah rekaan sebagai justifikasi untuk membenarkan keganasan dan penindasan ke atas umat Islam di India.
Apabila ditanya berkenaan apakah perkara yang akan membantu memperbaiki situasi di India, Muhammad menjawab, “bagi saya ia pendidikan, saatnya pendidikan diberikan di India (kepada rakyat India), tidak kira dari apa sahaja agama, dengan adanya pendidikan, akan adanya keamanan.
“(Dengan pendidikan) kamu akan lakukan perkara yang baik untuk komuniti, untuk keluarga kamu sendiri, untuk semua, kerana jika kamu tidak berpendidikan, kamu akan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kemanusiaan,” katanya.
RSS yang ditubuhkan pada 1925 terpalit dengan pembunuhan Mahatma Gandhi merupakan organisasi sukarelawan militia pendokong pemahaman Hindutva (nasionalis Hindu) dengan cabang parti politik mereka iaitu BJP, organisasi budaya Vishva Hindu Parishad (VHP) serta sayap belianya, Bajrang Dal (BD).
Kumpulan-kumpulan ini amat terkenal dengan kekerasan dilakukan ke atas Muslim yang mewakili kira-kira 15 peratus (210 juta) daripada lebih 1.4 bilion populasi keseluruhan India. – The Merdeka Times
View this post on Instagram