Terkini
Hantaran media sosial persoalkan status ‘amicus curiae’, timbulkan keraguan, pertikaian tidak berasas – SIS
Sisters in Islam (SIS) menyuarakan kebimbangan mendalamnya berhubung satu hantaran di media sosial oleh pihak tertentu berkaitan kes Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang difailkan seorang peguam kelahiran Kelantan.

- Sisters in Islam (SIS) menyuarakan kebimbangan mendalamnya berhubung satu hantaran di media sosial oleh pihak tertentu berkaitan kes Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang difailkan seorang peguam kelahiran Kelantan.
- SIS dalam kenyataannya yang disiarkan di platform X semalam mendakwa hantaran yang merujuk kepada kes Nik Elin Zurina lawan Kerajaan Negeri Kelantan di Mahkamah Persekutuan itu telah mempertikaikan mengapa pertubuhan itu diberikan status amicus curiae dan organisasi lain tidak mendapat perkara sama.
- Katanya, hantaran itu menimbulkan keraguan dan pertikaian tidak berasas terhadap kes mahkamah yang sedang berjalan itu.
- Peguam yang juga Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias di Facebooknya semalam mendedahkan SIS berjaya mendapat status amicus curiae atau sahabat mahkamah yang membolehkannya memberi pandangan dan berhujah dalam kes terbabit.
- Bagaimanapun, Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Badan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan pula dikatakan tidak mendapat status sahabat mahkamah itu, sebaliknya hanya sekadar menjadi peguam pemerhati.
KUALA LUMPUR – Sisters in Islam (SIS) menyuarakan kebimbangan mendalamnya berhubung satu hantaran di media sosial oleh pihak tertentu berkaitan kes Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang difailkan seorang peguam kelahiran Kelantan.
SIS dalam kenyataannya yang disiarkan di platform X semalam mendakwa hantaran yang merujuk kepada kes Nik Elin Zurina lawan Kerajaan Negeri Kelantan di Mahkamah Persekutuan itu telah mempertikaikan mengapa pertubuhan itu diberikan status amicus curiae dan organisasi lain tidak mendapat perkara sama.
Katanya, hantaran itu menimbulkan keraguan dan pertikaian tidak berasas terhadap kes mahkamah yang sedang berjalan itu.
“Hantaran sedemikian yang menimbulkan keraguan dan pertikaian tidak berasas terhadap kes sedang berjalan ini hanya menjejaskan kepentingan semua pihak yang terlibat dan menjejaskan usaha mencari keadilan yang lebih luas.
“Hantaran sebegini turut menimbulkan ketegangan dan syak wasangka yang tidak sepatutnya di ruangan awam, malah boleh mengekang kepercayaan terhadap proses perbicaan secara adil,” kata SIS dalam ciapan kenyataannya bertajuk ‘Casting Aspersions Undermine the Interests of all Parties’ petang semalam.
Peguam yang juga Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias di Facebooknya semalam mendedahkan SIS berjaya mendapat status amicus curiae atau sahabat mahkamah yang membolehkannya memberi pandangan dan berhujah dalam kes terbabit.
Bagaimanapun, Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Badan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan pula dikatakan tidak mendapat status sahabat mahkamah itu, sebaliknya hanya sekadar menjadi peguam pemerhati.
Media sebelum ini melaporkan Nik Elin Zurina, yang juga peguam kelahiran Kelantan, dan anaknya mengemukakan cabaran Perlembagaan berhubung 20 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1).
Mereka mendakwa peruntukan itu tidak sah kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang meliputi kesalahan sama dan kuasa untuk menggubal undang-undang melibatkan perkara jenayah di bawah bidang kuasa Parlimen, manakala Dewan Undangan Negeri hanya diberi hak menggubal undang-undang berkaitan akidah Islam. – The Merdeka Times
Sumber: Sisters in Islam on Twitter/X
