Antarabangsa
Filem hina Islam cetus ketakutan menjelang pilihan raya India
‘The Kerala Story’ antara beberapa filem membimbangkan yang menjadikan Bollywood sebagai alat propaganda parti pemerintah nasionalis India untuk mengekalkan kuasa menjelang pilihan raya umum pada tahun depan.
- ‘The Kerala Story’ antara beberapa filem membimbangkan yang menjadikan Bollywood sebagai alat propaganda parti pemerintah nasionalis India untuk mengekalkan kuasa menjelang pilihan raya umum pada tahun depan.
- Pengkritik mendakwa filem itu dan beberapa tayangan lain sebagai penyebar pembohongan yang memecahbelahkan masyarakat.
- Ini termasuk tindakan mereka yang secara jelas memburukkan golongan minoriti Muslim di dalam filem itu.
- The Kerala Story adalah filem rekaan mengenai seorang wanita Hindu yang memeluk Islam dan diradikalisasi, setakat ini muncul sebagai filem dengan kutipan kedua tertinggi di India bagi 2023.
- “Saya menyarankan semua parti politik, ambil kesempatan (menerusi) filem saya, menggunakannya (filem itu) untuk manfaat politik kamu,” kata Pengarah filem The Kerala Story, Sudipto Sen dipetik Japan Times.
‘The Kerala Story’ antara beberapa filem membimbangkan yang menjadikan Bollywood sebagai alat propaganda parti pemerintah nasionalis India untuk mengekalkan kuasa menjelang pilihan raya umum pada tahun depan.
Pengkritik mendakwa filem itu dan beberapa tayangan lain sebagai penyebar pembohongan yang memecahbelahkan masyarakat.
Ini termasuk tindakan mereka yang secara jelas memburukkan golongan minoriti Muslim di dalam filem itu.
The Kerala Story adalah filem rekaan mengenai seorang wanita Hindu yang memeluk Islam dan diradikalisasi, setakat ini muncul sebagai filem dengan kutipan kedua tertinggi di India bagi 2023.
“Saya menyarankan semua parti politik ambil kesempatan (menerusi) filem saya, gunakannya untuk manfaat politik kamu,” kata Pengarah filem The Kerala Story, Sudipto Sen dipetik Japan Times.
Wartawan dan penulis, Nilanjan Mukhopadhyay berkata filem semakin rancak digunakan sebagai medium perpecahan dan pengukuhan prasangka dari pemimpin politik dalam tempoh Perdana Menteri India, Narendra Modi memimpin India.
“Perkara sama dilakukan filem-filem ini, membawa kebencian kepada masyarakat, untuk mencipta prasangka terhadap kumpulan agama minoriti,” kata wartawan itu.
Dengan pengagihan tiket percuma serta pelbagai dakwaan palsu dalam The Kerala Story dan trailernya, filem box office anti-Muslim itu turut mendakwa ia “diilhamkan daripada banyak kisah benar” untuk menarik audiens.
Modi sebelum ini turut menyokong penayangan filem itu dalam sebuah perhimpunan piihanraya sambil menuduh parti kongres pembangkang sebagai penyokong kepada keganasan.
Sumber: The Japan Times