Connect with us

Antarabangsa

Dibantah kumpulan Kristian konservatif, persembahan pondan di Beirut dibatalkan

Sebuah persembahan drag (pondan) di ibu negara Lubnan, Beirut, dibatalkan Rabu lalu selepas kumpulan Kristian konservatif yang marah melaungkan slogan-slogan ‘homofobia’.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Dibantah kumpulan Kristian konservatif, persembahan pondan di Beirut dibatalkan
Foto: Persembahan drag (pondan) di ibu negara Lubnan, Beirut, dibatalkan.
  • Sebuah persembahan drag (pondan) di ibu negara Lubnan, Beirut, dibatalkan Rabu lalu selepas kumpulan Kristian konservatif yang marah melaungkan slogan-slogan ‘homofobia’.
  • Rakaman visual di luar tempat di mana acara itu diadakan menunjukkan kumpulan lelaki yang mengidentifikasi diri mereka sebagai “Askar Tuhan”, sebuah gerakan anti-LGBT Kristian di Lubnan.
  • Ia merupakan insiden terkini menampilkan penentangan yang semakin meningkat terhadap komuniti LGBT Lubnan, melibatkan golongan konservatif daripada pelbagai latar belakang agama.
  • Lubnan merupakan negara Arab pertama yang mengadakan minggu kebanggaan gay pada 2017 dan sebuah negara yang dianggap sebagai zon selamat komuniti LGBT di timur tengah.

 

Sebuah persembahan drag (pondan) di ibu negara Lubnan, Beirut, dibatalkan Rabu lalu selepas kumpulan Kristian konservatif yang marah melaungkan slogan-slogan ‘homofobia’.

Rakaman visual di luar tempat di mana acara itu diadakan menunjukkan lelaki yang mengidentifikasi diri mereka sebagai “Askar Tuhan”, sebuah gerakan anti-LGBT Kristian di Lubnan.

Ia merupakan insiden terkini menampilkan penentangan yang semakin meningkat terhadap komuniti LGBT Lubnan, melibatkan golongan konservatif daripada pelbagai latar belakang agama.

Lubnan merupakan negara Arab pertama yang mengadakan minggu kebanggaan gay pada 2017 dan sebuah negara yang dianggap sebagai zon selamat komuniti LGBT di timur tengah.

Peranan negara itu yang dinobatkan sebagai zon selamat komuniti LGBT, bagaimanapun menurut aktivis adalah semakin terancam.

Menurut Daily Mail, persembahan itu dianjurkan dua artis pondan, Latiza Bombe dan Emma Gration di sebuah bar di Beirut yang diketahui umum sebagai kawasan selamat bagi individu-individu LGBT.

Tidak lama selepas acara itu bermula, kedua-dua hos mengakhiri acara itu selepas diberitahu sekumpulan lelaki marah sedang menghampiri lokasi acara itu.

Mereka bersembunyi selama lebih kurang 40 minit sehingga dua individu yang membuat persembahan itu membersihkan solekan serta menyertai kumpulan penonton yang kemudiannya beredar dengan selamat setelah kehadiran pasukan keselamatan. 

Sumber: Daily Mail

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *