Antarabangsa
Zionis Israel rosakkan tanaman, cemar air minuman penduduk Palestin
Penduduk haram Israel bertindak kejam menyerang orang awam Palestin dan mencemarkan air minuman mereka selepas menyerbu penduduk Badwi Arab Al-Kaabneh, di sebelah barat Jericho di Tebing Barat yang diduduki.

- Penduduk haram Israel bertindak kejam menyerang orang awam Palestin dan mencemarkan air minuman mereka selepas menyerbu penduduk Badwi Arab Al-Kaabneh, di sebelah barat Jericho di Tebing Barat yang diduduki.
- Aktivis Palestin, Hasan Mlaihat yang mendokumentasikan pelanggaran hak asasi manusia Israel di kawasan itu mendedahkan, sekumpulan peneroka haram menyerang dua rumah, selain membiarkan lembu meragut tanaman milik Palestin sehingga menyebabkan kerosakan.
- Katanya, peneroka haram Israel turut mencampakkan bahan tidak diketahui ke dalam tangki air penduduk sehingga mengakibatkan pencemaran.
- Di wilayah Nablus, peneroka haram Israel membakar berpuluh-puluh dunum (ekar) tanah Palestin di kampung Lubban esh-Sharkiya, menurut sumber tempatan.
- Ketua kampung, Yaacob Eweis berkata, peneroka Israel membakar kawasan besar tanah pertanian yang menyebabkan kerosakan kepada tanaman dan puluhan pokok zaitun.
TEBING BARAT, 21 Zulhijjah 1444H, Isnin – Penduduk haram Israel bertindak kejam menyerang orang awam Palestin dan mencemarkan air minuman mereka selepas menyerbu penduduk Badwi Arab Al-Kaabneh, di sebelah barat Jericho di Tebing Barat yang diduduki.
Aktivis Palestin, Hasan Mlaihat yang mendokumentasikan pelanggaran hak asasi manusia Israel di kawasan itu mendedahkan, sekumpulan peneroka haram menyerang dua rumah, selain membiarkan lembu meragut tanaman milik Palestin sehingga menyebabkan kerosakan.
Katanya, peneroka haram Israel turut bertindak mencampakkan bahan yang tidak diketahui ke dalam tangki air penduduk sehingga mengakibatkan pencemaran.
Sementara itu di wilayah Nablus, peneroka haram Israel membakar berpuluh-puluh dunum (ekar) tanah Palestin di kampung Lubban esh-Sharkiya, menurut sumber tempatan.
Ketua kampung, Yaacob Eweis berkata, peneroka Israel membakar kawasan besar tanah pertanian yang menyebabkan kerosakan kepada tanaman dan puluhan pokok zaitun.
Yaacob menggesa institusi antarabangsa dan hak asasi manusia untuk segera campur tangan bagi menghentikan serangan peneroka ke atas kampung serta tanah pertanian di wilayah berkenaan.
Sumber: Ismaweb

You must be logged in to post a comment Login