Connect with us

Antarabangsa

Wartawan Russia dibelasah teruk di Chechnya

Seorang wartawan penyiasat Russia yang juga penerima anugerah dimasukkan ke hospital selepas dibelasah teruk penyerang bersenjata ketika lawatan ke Chechnya, kata kumpulan hak asasi manusia semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Wartawan Russia dibelasah teruk di Chechnya
Foto: Wartawan penyiasat Russia, Elena Milashina.
  • Seorang wartawan penyiasat Russia yang juga penerima anugerah dimasukkan ke hospital selepas dibelasah teruk penyerang bersenjata ketika lawatan ke Chechnya, kata kumpulan hak asasi manusia semalam.
  • “Jari-jari Elena Milashina patah dan ada masanya dia tidak sedarkan diri. Malah seluruh badannya turut lebam. Mereka dibelasah termasuk di muka dan turut menerima ugutan bunuh selain diugut dengan pistol yang diacukan ke kepala. Peralatan dibawa mereka turut dirampas dan dimusnahkan,” kata kumpulan Memorial dalam satu kenyataan menerusi media sosial.
  • Akhbar Novaya Gazeta, penerbitan bebas terkemuka Russia yang juga syarikat tempat Milashina bekerja turut mengesahkan kejadian itu.
  • Menurut Novaya Gazeta, Milashina berada di Grozny untuk menghadiri perbicaraan hukuman terhadap Zarema Musayeva, ibu kepada tiga anak yang dibuang negeri susulan kritikannya terhadap pemimpin berpengaruh Chechnya, Ramzan Kadyrov.

MOSCOW: Seorang wartawan penyiasat Russia yang juga penerima anugerah dimasukkan ke hospital selepas dibelasah teruk penyerang bersenjata ketika lawatan ke Chechnya, kata kumpulan hak asasi manusia semalam.

“Jari-jari Elena Milashina patah dan ada masanya dia tidak sedarkan diri. Malah seluruh badannya turut lebam,” kata kumpulan Memorial dalam satu kenyataan menerusi media sosial.

Insiden itu berlaku awal pagi semalam ketika Milashina dan seorang peguam, Alexander Nemov dalam perjalanan dari lapangan terbang.

“Mereka dibelasah termasuk di muka dan turut menerima ugutan bunuh selain diugut dengan pistol yang diacukan ke kepala. Peralatan dibawa mereka turut dirampas dan dimusnahkan,” kata kumpulan berkenaan lagi.

Akhbar Novaya Gazeta, penerbitan bebas terkemuka Russia yang juga syarikat tempat Milashina bekerja turut mengesahkan kejadian itu.

Katanya, Milashina dan Nemov kini berada di hospital di ibu kota Chechen, Grozny.

Menurut Novaya Gazeta, Milashina berada di Grozny untuk menghadiri perbicaraan hukuman terhadap Zarema Musayeva, ibu kepada tiga anak yang dibuang negeri susulan kritikannya terhadap pemimpin berpengaruh Chechnya, Ramzan Kadyrov.

Musayeva ditahan tentera Chechnya pada Januari tahun lalu di Nizhny Novgorod, sebuah bandar yang letaknya kira-kira 1,800 kilometer (1,120 batu) di utara Chechnya.

Novaya Gazeta pada Februari tahun lalu berkata, Milashina terpaksa meninggalkan Russia buat sementara waktu selepas menerima ugutan bunuh daripada kepimpinan Chechnya.

Beliau sebelum ini membuat liputan mengenai pencabulan hak di Chechnya untuk akhbar itu selama bertahun-tahun.

Novaya Gazeta pernah memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada 2021.

Sejak tahun 2000, enam wartawan dan penyumbang mereka terbunuh, termasuk seorang wartawan penyiasat, Anna Politkovskaya.

Memberi tumpuan kepada pencabulan hak di Chechnya, Milashina dilihat mengikut jejak langkah Politkovskaya yang ditembak mati pada 2006.

Milashina lantang dan berani mengkritik dasar Kremlin di Chechnya. – AFP

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *