Antarabangsa
Wanita yang tidak patuhi pemakaian hijab patut dihukum – Ulama Iran
Seorang ulama terkenal Iran berkata wanita yang tidak mahu mematuhi pemakaian hijab wajib seharusnya dihukum, manakala wanita yang taat adalah milik suami mereka.
- Seorang ulama terkenal Iran berkata wanita yang tidak mahu mematuhi pemakaian hijab wajib seharusnya dihukum, manakala wanita yang taat adalah milik suami mereka.
- Reza Akrami yang dikenali sebagai ulama tidak ekstrim berkata, wanita tidak berhijab boleh menjadi milik sesiapa sahaja dan menunjukkan diri mereka kepada semua lelaki.
- Bercakap kepada laman web berita Rouydad24 di Tehran pada Isnin, beliau mengulangi hujah pemimpin tertinggi bahawa memakai hijab bukan soal pilihan peribadi tetapi ia berkaitan isu politik dan syariah.
- Beliau menegaskan al-Quran dan ajaran agama mewajibkan hijab walaupun terdapat ramai ulama di seluruh dunia tidak bersetuju dengan perkara itu.
Seorang ulama terkenal Iran berkata wanita yang tidak mahu mematuhi pemakaian hijab wajib seharusnya dihukum, manakala wanita yang taat adalah milik suami mereka.
Menurut Iran International, Reza Akrami yang dikenali sebagai ulama tidak ekstrim berkata, wanita tidak berhijab boleh menjadi milik sesiapa sahaja dan menunjukkan diri mereka kepada semua lelaki.
Bercakap kepada laman web berita Rouydad24 di Tehran pada Isnin, beliau mengulangi hujah pemimpin tertinggi bahawa memakai hijab bukan soal pilihan peribadi tetapi ia berkaitan isu politik dan syariah.
Beliau menegaskan al-Quran dan ajaran agama mewajibkan hijab walaupun terdapat ramai ulama di seluruh dunia tidak bersetuju dengan perkara itu.
“Seorang wanita yang tidak mengikut undang-undang pemakaian hijab seharusnya dihukum,” kata Reza dan dalam masa sama mencadangkan jalan memujuk untuk meyakinkan wanita tentang kebaikan hijab.
Reza memegang banyak jawatan kerajaan, namun bukan sebahagian daripada kalangan penyokong tegar pemerintah Iran, Ali Khamenei.
Pada Ahad lalu, Iran melancarkan semula rondaan jalanan polis moral selepas berbulan-bulan tidak aktif berikutan protes anti-kerajaan yang tercetus akibat kematian seorang wanita muda dalam tahanan polis.
Pada pertengahan September 2022, Mahsa Amini, seorang wanita berusia 22 tahun ditangkap di jalanan oleh polis hijab atau dikenali sebagai polis moral dan menerima pukulan maut di kepala.
Mahsa kemudiannya meninggal dunia di hospital selepas tiga hari sekaligus mencetuskan protes popular paling lama dan paling berbahaya terhadap kerajaan Iran.
Sumber: Iran International