Terkini
Wanita Manipur bakar rumah suspek utama kes dua perempuan diarak bogel
Wanita-wanita di negeri timur laut India di Manipur bertindak menyerang rumah suspek utama kes serangan seksual baru-baru ini yang menyemarakkan kemarahan seluruh negara, kata polis.
- Wanita-wanita di negeri timur laut India di Manipur bertindak menyerang rumah suspek utama kes serangan seksual baru-baru ini yang menyemarakkan kemarahan seluruh negara, kata polis.
- Suspek dimaksudkan adalah individu yang menjadi dalang utama mengheret dua wanita dari puak Kuki-Zo ke jalanan, didakwa menghasut perusuh untuk merogol dan membawa mereka berarak dalam keadaan bogel awal Mei lalu.
- “Wanita tempatan membaling batu dan membakar beberapa bahagian rumah milik tertuduh utama di sebuah kampung,” kata pegawai kanan polis di ibu negeri Imphal, Hemant Pandey dipetik AlJazeera.
- Sebelum ini, sebuah video tular di media sosial menunjukkan dua wanita Kuki diarak berbogel kumpulan perusuh Meitei pada 4 Mei lalu, sehari selepas tercetusnya pertempuran di Manipur, India.
Wanita-wanita di negeri timur laut India di Manipur bertindak menyerang rumah suspek utama kes serangan seksual baru-baru ini yang menyemarakkan kemarahan seluruh negara, kata polis.
Suspek dimaksudkan adalah individu yang menjadi dalang utama mengheret dua wanita dari puak Kuki-Zo ke jalanan, didakwa menghasut perusuh untuk merogol dan membawa mereka berarak dalam keadaan bogel awal Mei lalu.
Insiden itu berlaku ketika berlakunya pertempuran etnik di antara puak Meitei yang kebanyakannya beragama Hindu dan puak Kuki-Zo yang beragama Kristian.
“Wanita tempatan membaling batu dan membakar beberapa bahagian rumah milik tertuduh utama di sebuah kampung,” kata pegawai kanan polis di ibu negeri Imphal, Hemant Pandey dipetik AlJazeera.
“Kami meminta (supaya) wanita membuat protes secara aman kerana (kita berada dalam) situasi yang tegang. Kami faham kemarahan mereka,” kata Hemant.
Protes turut dianjurkan beberapa kumpulan hak asasi di kawasan lain di negara itu bagi menuntut keadilan dan siasatan segera berkenaan insiden itu.
Khamis lalu, Mahkamah Agung India memberi amaran kerajaan pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi, seandainya tiada tindakan diambil, maka “mereka akan (melakukan sesuatu).”
Ahli Parlimen pembangkang yang menyerahkan notis di kedua-dua dewan untuk membincangkan insiden kekejaman di Manipur yang dijadualkan Jumaat lalu telah dibatalkan.
“Manipur memerlukan perhatian sepenuhnya dan kami menuntut perdana menteri membuat kenyataan terperinci di Parlimen,” kata Presiden Parti Kongres Kebangsaan, Mallikarjun Kharge.
Sebelum ini, sebuah video tular di media sosial menunjukkan dua wanita Kuki diarak berbogel kumpulan perusuh Meitei pada 4 Mei lalu, sehari selepas tercetusnya pertempuran di Manipur, India.
Sumber: Al Jazeera