Connect with us

Antarabangsa

Usul undi tidak percaya dikemukakan pembangkang terhadap kerajaan Modi

Parti pembangkang India, Kongres Kebangsaan India (INC), yang mendapat sokongan beberapa parti lain, mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi di Dewan Rakyat (Lok Sabha), pada Rabu, lapor Xinhua.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Usul undi tidak percaya dikemukakan pembangkang terhadap kerajaan Modi
Foto: Perdana Menteri, Narendra Modi.
  • Parti pembangkang India, Kongres Kebangsaan India (INC), yang mendapat sokongan beberapa parti lain, mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi di Dewan Rakyat (Lok Sabha), pada Rabu, lapor Xinhua.
  • Notis usul tidak percaya itu difailkan oleh pemimpin INC, Gaurav Gogoi di tengah-tengah kemelut berterusan di Parlimen berhubung situasi di negeri Manipur yang dilanda pertelingkahan.
  • Parti pembangkang menuntut Perdana Menteri Modi membuat kenyataan mengenai situasi di Manipur, di Parlimen.
  • Menurut parti pembangkang, usul itu akan memaksa Perdana Menteri bercakap mengenai situasi di Manipur di Parlimen.
  • Usul tidak percaya berasingan juga telah difailkan oleh Bharat Rashtra Samithi (BRS).

NEW DELHI – Parti pembangkang India, Kongres Kebangsaan India (INC), yang mendapat sokongan beberapa parti lain, mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi di Dewan Rakyat (Lok Sabha), pada Rabu, lapor Xinhua.

Notis usul tidak percaya itu difailkan oleh pemimpin INC, Gaurav Gogoi di tengah-tengah kemelut berterusan di Parlimen berhubung situasi di negeri Manipur yang dilanda pertelingkahan.

Parti pembangkang menuntut Perdana Menteri Modi membuat kenyataan mengenai situasi di Manipur, di Parlimen.

Menurut parti pembangkang, usul itu akan memaksa Perdana Menteri bercakap mengenai situasi di Manipur di Parlimen.

Usul tidak percaya berasingan juga telah difailkan oleh Bharat Rashtra Samithi (BRS).

Kerajaan Modi, yang menguasai Lok Sabha, tidak menghadapi sebarang ancaman dengan usul undi tidak percaya itu.

Parti pembangkang berkata walaupun usul undi tidak percaya itu pasti gagal, sekurang-kurangnya mereka dapat memaksa kerajaan bercakap mengenai isu Manipur semasa perbahasan.

Jika Speaker Lok Sabha menerima usul itu, ia merupakan usul undi tidak percaya kedua terhadap kerajaan Modi.

Pada 2018, TDP (Parti Telugu Desam) mengemukakan usul undi tidak percaya berhubung peruntukan dana yang tidak mencukupi kepada Andhra Pradesh.

Sumber: Astro Awani 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *