Terkini
Tindakan King Sing keterlaluan hingga PMX terpaksa campur tangan
Tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini disifatkan sebagai satu tindakan keterlaluan dan mengaibkan oleh dua bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Sufian Hamdan.

- Tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini disifatkan sebagai satu tindakan keterlaluan dan mengaibkan oleh dua bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan.
- Shahril mempersoal kewajaran King Sing bertindak sedemikian sedangkan KLIA dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bukan terletak di bawah seliaan kementerian pelancongan.
- “Nampak kejanggalan yang teramat sangat kenapa seorang menteri pelancongan perlu datang turun dan masuk campur dengan begitu direct. He is not a minister in charge (Beliau bukan menteri yang dipertanggungjawabkan)” katanya dalam siaran Podcast Keluar Sekejap (KS) semalam.
- Khairy Jamaluddin turut menyelar kegagalan King Sing meredakan keadaan sehingga berlakunya polemik menyebabkan Perdana Menteri (PM), Anwar Ibrahim sendiri kena turun padang dan pergi ke KLIA.
KUALA LUMPUR: Tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini disifatkan sebagai satu tindakan keterlaluan dan mengaibkan oleh dua bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Sufian Hamdan.
Dengan rasa hairan, Shahril mempersoal kewajaran King Sing bertindak sedemikian sedangkan KLIA dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bukan terletak di bawah seliaan kementerian pelancongan.
“Nampak kejanggalan yang teramat sangat kenapa seorang menteri pelancongan perlu datang turun dan masuk campur dengan begitu direct.
“He is not a minister in charge (Beliau bukan menteri yang dipertanggungjawabkan)” katanya dalam siaran Podcast Keluar Sekejap (KS) semalam.
Menerusi sesi podcast yang sama, KJ membenarkan kenyataan Shahril serta menyelar tindakan King Sing yang tidak mencerminkan sifat seorang menteri yang bagus terutamanya apabila agensi-agensi tersebut tidak berada di bawah penyeliaan beliau.
Katanya lagi, disebabkan kegagalan King Sing meredakan keadaan sehingga berlakunya polemik menyebabkan Perdana Menteri (PM), Anwar Ibrahim sendiri kena turun padang dan pergi ke KLIA.
“Dalam keadaan dia (PM) banyak kerja sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri sendiri kena pergi ke KLIA redakan keadaan. Again, kenapa perlu Perdana Menteri sendiri turun?” soal KJ.
Situasi tersebut membuat beliau bertambah hairan dan mempertikaikan ketiadaan kementerian-kementerian berkaitan untuk membantu menyelesaikan isu tersebut.
“PM kena buat segala-galanya, tidak ada cover dari menteri-menteri, dia sendiri kena buat,” katanya.
Justeru, KJ memetik Kementerian dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam satu kenyataannya.
Menurutnya, mereka sepatutnya bekerjasama dengan kementerian pelancongan berkenaan isu ini terlebih dahulu tanpa melibatkan campur tangan PM.
Terdahulu, gambar tular di media sosial kekecohan tercetus di KLIA apabila seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa bagi membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen.
Menteri Pelancongan itu mengakui gambar tular di media sosial berhubung isu itu adalah dirinya.- The Merdeka Times
Sumber: Akaun Youtube Keluar Sekejap
