Antarabangsa
Tiada jualan alkohol di lokasi Sukan Olimpik Paris 2024 kecuali untuk VIP
Tiada jualan alkohol untuk pengunjung Olimpik Paris 2024 kecuali mereka berstatus VIP, lapor USA Today.
- Tiada jualan alkohol untuk pengunjung Olimpik Paris 2024 kecuali mereka berstatus VIP.
- Jurucakap Paris 2024 mengesahkan perkara tersebut dalam kenyataan pada Selasa minggu lalu yang menjelaskan larangan minuman keras itu adalah berasaskan kepada undang-undang Evin.
- Undang-undang tahun 1991 yang berkaitan dengan jualan dan pengiklanan alkohol itu akan digunakan bagi melarang minuman keras di temasya Olimpik Paris 2024 kelak.
- Undang-undang Perancis itu melarang penjualan atau pengedaran alkohol di “stadium, bilik pendidikan jasmani dan gimnasium” termasuk mana-mana sahaja tempat berkaitan sukan.
- Larangan minuman alkohol ketika berlangsungnya pertandingan itu menyerupai tindakan Qatar di Piala Dunia lalu, hanya memberi kebenaran penjualan di tempat-tempat tertentu sahaja.
Tiada jualan alkohol untuk pengunjung Olimpik Paris 2024 kecuali mereka berstatus VIP, lapor USA Today.
Jurucakap Paris 2024 mengesahkan perkara tersebut dalam kenyataan pada Selasa minggu lalu yang menjelaskan larangan minuman keras itu adalah berasaskan kepada undang-undang Evin.
Undang-undang tahun 1991 yang berkaitan dengan jualan dan pengiklanan alkohol itu akan digunakan bagi melarang minuman keras di temasya Olimpik Paris 2024 kelak.
Undang-undang Perancis itu melarang penjualan atau pengedaran alkohol di “stadium, bilik pendidikan jasmani dan gimnasium” termasuk mana-mana sahaja tempat berkaitan sukan.
Bagaimanapun, penetapan peraturan baharu itu tidak tertakluk kepada kawasan yang menyediakan kemudahan hospitaliti di kebanyakan suites VIP.
“Paris 2024 tidak meminta pengecualian daripada undang-undang ini,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan kepada USA Today Sports.
Akhbar Perancis Le Parisien antara mereka yang pertama melaporkan berita itu pada Isnin minggu lalu.
Larangan minuman alkohol ketika berlangsungnya pertandingan itu menyerupai tindakan Qatar di Piala Dunia lalu, hanya memberi kebenaran penjualan di tempat-tempat tertentu sahaja.
Sumber: USA TODAY