Connect with us

Terkini

TH galakan umat Islam tidak tangguh daftar haji

Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan umat Islam supaya tidak bertangguh untuk menabung dan mendaftar dengan agensi itu bagi menunaikan ibadah haji.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

TH galakan umat Islam tidak tangguh daftar haji
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan umat Islam supaya tidak bertangguh untuk menabung dan mendaftar dengan agensi itu bagi menunaikan ibadah haji.
  • Pengarah TH Wilayah Sabah dan Sarawak, Datin Nurlaila Said, berkata langkah itu penting bagi memastikan semua umat Islam berpeluang menunaikan ibadah berkenaan.
  • Katanya, pihak TH meminta kerjasama umat Islam yang sudah menunaikan ibadah haji membantu TH menyebarkan mesej itu kepada ahli keluarga atau rakan yang belum menabung dan mendaftar haji.
  • Beliau berkata, aktiviti menabung di TH dapat membantu memartabatkan ekonomi Islam selain membolehkan lebih banyak program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk kepentingan umat Islam dapat dilaksanakan, termasuk di Sabah.

KOTA KINABALU: Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan umat Islam supaya tidak bertangguh untuk menabung dan mendaftar dengan agensi itu bagi menunaikan ibadah haji.

Pengarah TH Wilayah Sabah dan Sarawak, Datin Nurlaila Said, berkata langkah itu penting bagi memastikan semua umat Islam berpeluang menunaikan ibadah berkenaan.

Katanya, pihak TH juga meminta kerjasama umat Islam yang sudah menunaikan ibadah haji supaya membantu TH menyebarkan mesej itu kepada ahli keluarga atau rakan yang belum menabung dan mendaftar haji.

“Kita berharap jemaah haji terus mengamalkan ibadah yang lebih baik untuk mendapatkan haji yang mabrur dan terus menjadi duta kami menyampaikan mesej kepada keluarga, sahabat handai dan saudara-mara yang belum lagi membuka akaun TH.

“Begitu juga mereka yang belum lagi mendaftar haji kita mohonlah untuk singgah di mana-mana pejabat cawangan yang berdekatan,” katanya kepada pemberita selepas meraikan petugas haji dari Sabah sempena musim haji tahun ini, di sini, petang semalam.

Seramai 176 petugas haji dari Sabah diraikan pada majlis itu, terdiri daripada anggota TH dan kakitangan agensi lain yang terbabit dalam operasi haji sepanjang musim haji tahun ini.

Bagi tahun ini, seramai 1,079 jemaah haji dari negeri ini terpilih ke Tanah Suci melalui enam penerbangan haji.

Sementara itu, Nurlaila berkata, bagi umat Islam yang terlupa sama ada pernah membuka akaun dan sudah mendaftar bagi menunaikan haji atau belum, mereka juga boleh melakukan semakan di pejabat TH berdekatan.

Katanya, umat Islam yang sudah menunaikan rukun Islam kelima itu juga digalakkan untuk terus menabung di TH sebagai tanda sokongan terhadap institusi berkenaan.

“Teruslah mendukung TH dan menghebahkan atau menyebarluaskan syiar Islam kita melalui kesetiaan kepada TH,” katanya.

Beliau berkata, aktiviti menabung di TH dapat membantu memartabatkan ekonomi Islam selain membolehkan lebih banyak program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk kepentingan umat Islam dapat dilaksanakan, termasuk di Sabah.

Sumber : Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *